Baru-baru ini Sime Darby Berhad telah mengumumkan pembelian 30% saham syarikat pembangunan hartanah Eastern&Oriental.
Sime Darby, sebuah GLC atau syarikat berkaitan kerajaan, telah membayar RM776 juta untuk memiliki 30% pegangan dalam syarikat hartanah tersebut.
Kita sedia maklum bahawa Sime Darby adalah gergasi dalam bidang perladangan, terutamanya selepas langkah penggabungan yang kontroversial beberapa tahun yang lalu.
Sime Darby juga memiliki kemahiran dan pengalaman luas dalam bidang pembangunan hartanah dan telah berkecimpung dalam bidang ini selama lebih 40 tahun.
Bukan setakat membina bangunan atau rumah, Sime Darby telah dengan jayanya membangunkan bandar-bandar baru dinegara kita.
Sime Darby juga dikagumi kerana kejayaan menguruskan rangkaian hospital swasta bertaraf antarabangsa.
Persoalannya kini ialah mengapa sebuah konglomerat yang berjaya dan berpengalaman seperti Sime Darby harus membelanjakan RM776 juta untuk memiliki 30% saham dalam E&O?
Dimana rasionalnya apabila syarikat gergasi seperti Sime Darby membelanjakan RM776 juta TUNAI kononnya untuk memerolehi kemahiran daripada syarikat E&O?
Apa kelebihan E&O sehingga Sime Darby sanggup membelanjakan begitu banyak dana pemegang saham untuk memperolehi 30% pegangan tetapi membenarkan pengurusan syarikat terbabit kekal ditangan orang lain?
Apakah ini caranya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menzahirkan pelan transformasi kerajaan (GTP) yang dipelopori Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak?
Kita masih ingat kontroversi dan kerugian melampaui RM1.2BILLION yang ditanggung Sime Darby baru-baru ini angkara pelaburan dalam sektor petroleum (oil & gas).
Ketika impak kerugian besar itu masih belum reda dan segelintir daripada mereka yang harus bertanggungjawab masih kekal dalam konglomerat itu menerima gaji dan imbuhan lumayan, apakah rasionalnya tindakan membeli 30% saham dalam E&O ?
Kita maklum sebahagian besar saham E&O, selain daripada 30% yang diperolehi Sime Darby, masih kekal ditangan warga asing termasuk seorang individu yang juga merupakan Pengarah di badan pelaburan kerajaan Singapura - Temasek Holdings. Apakah kepentingan strategic kita dalam E&O dalam situasi pemilikan yang sedemikian?
Ada pihak yang mempersoalkan jika tindakan Sime Darby adalah satu langkah ‘bail-out’ atau langkah menyelamatkan E&O ketika keadaan ekonomi global semakin merudum. Apakah persoalan ini ada asasnya?
Saya berpendapat pihak Sime Darby harus tampil memberi penjelasan yang sewajarnya agar konglomerat berkaitan kerajaan ini tidak menanggung kerugian berbillion ringgit dimasa hadapan akibat kecuaian pihak pengurusan.
Pelaburan Sime Darby yang agak tergesa-gesa ini membimbangan pelbagai pihak termasuk penganalis ekonomi yang rata-rata berpendapat ada sesuatu yang tidak kena dengan urusniaga membabitkan dana pemegang saham berjumlah RM776 juta.
Kupasan Pengarang Urusan suratkhabar The Star P.Gunasegaram (Viewpoints Saturday Sept 3, 2011) adalah amat bertepatan dan harus dijawab oleh pihak pengurusan Sime Darby.
Persoalan yan diutarakan Gunasegaram adalah amat relevan, berasas dan mencerminkan keraguan sebenar berhubung urusniaga terbaru Sime Darby ini.
Sebagai wakil rakyat yang bertanggungjawab mengutarakan pandangan serta mempertahankan hak rakyat, saya ingin mendesak pihak Sime Darby dan Kementerian Kewangan agar memperjelaskan isu ini sebelum nasi menjadi bubur.
Janganlah orang lain yang menjadi mangsa akibat angkara beberapa kerat tokoh korporat yang membuat keputusan sewenang-wenangnya tanpa mengira kepentingan dan sentimen pemegang saham dan rakyat umumya.
Siapa yang mengalami kerugian sebenar apabila Sime Darby kehilangan lebih RM1.2billion akibat kesilapan dalam sektor minyak & gas?
Mungkin ada pegawai Sime Darby yang ditukarkan kejawatan lain atau diberhentikan atau didakwa tetapi apa kesudahannya?
Tidak ada gunanya bila nasi sudah menjadi bubur.
Terima Kasih
Zahrain Mohd Hashim
Ahli Parlimen Bayan Baru.
1 comment:
Setelah saya membaca hurian oleh YB Zaharin, saya benar2 hairan macam mana pengurusan Skat yg begitu besar boleh mengeluarkan wang yg sebegitu banyak tampa dibuat kajian yg bersungguh-sungguh sebelum ianya di belanjakan.Boleh ke dua tiga kepala sahaja yg membuat kajian dan keputusan, bukan kah ia ada lembaga pengarah, x kan lembaga pengarah main anguk sahaja ke.Saya sangat2 bersetuju supaya ianya d beri penjelasan agar rakyat tahu pekara yg sebenarnya. Saya kuatiri ada pehak2 yg mendapat untung diatas pembelian ini...
Post a Comment