Tuesday, August 31, 2010

SELAMAT MERDEKA 2010


Selamat menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan Yang Ke-53 kepada seluruh rakyat Malaysia, tanahair tercinta.

Sempena hari bersejarah yang penuh bermakna ini marilah kita rakyat Malaysia sama-sama menghayati erti kebebasan dan mempertahankan kedaulatan negara kita.

Asas kepada kemerdekaan dan seterusnya kemajuan kita selama 53 tahun ini adalah perpaduan dan kerjasama yang jitu di-antara rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, budaya dan agama.

Marilah kita sama-sama berusaha untuk mengeratkan lagi perpaduan sesama kita demi masa depan negara bangsa yang terus merdeka dan bebas.

Janganlah kita menjadi lemah dan membiarkan negara ini di-pecah belahkan oleh anasir-anasir yang kini muncul dengan pelbagai topeng.

SELAMAT MERDEKA !


NASIB MELAYU Di Pulau Pinang


video


Beratus-ratus nelayan dari Kg.Permatang Tepi Laut di Bayan Baru di-jangka menjadi mangsa terbaru kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Setakat ini lebih dari 100 keluarga (52 rumah) telah menerima notis untuk berpindah dari tapak kampung yang telah mereka diami sejak hampir 70 tahun yang lepas.

Pendedahan di-atas adalah bukti nyata bahawa nasib penduduk Kg Buah Pala, dimana anak jati diusir atas nama pembangunan sebaik sahaja Pakatan Rakyat memegang tampuk pentadbiran negeri Pulau Pinang, bakal menimpa perkampungan traditional Melayu di Pulau Pinang.

Selain dari kawasan Bayan Baru, kampung-kampung Melayu traditional di Pokok Asam, Tanjung Tokong dan kawasan Barat Daya juga bakal di-hapuskan jika tiada tindakan awal dari pihak berkenaan.

Pada masa ini (seperti yang didedahkan oleh wakil nelayan Kg.Permatang Tepi Laut di-rakaman video diatas) kampung traditional nelayan di kawasan parlimen yang saya wakili (Bayan Baru) telah pun dikenalpasti untuk pembangunan.

Walaupun tanah kampung nelayan ini di-miliki oleh syarikat swasta, adalah tidak wajar untuk pemilik berkenaan mengambil tindakan mengusir penduduk ( yang telah bertapak di-kampung berkenaan selama tiga generasi) tanpa apa-apa perancangan masa depan untuk mereka.

Pihak kerajaan negeri tidak harus mengambil sikap lepas tangan kerana bidang kuasa tanah dan pembangunan adalah di-bawah kuasa mutlak kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Walaupun tanah di-kampung Permatang Tepi Laut adalah milik swasta namun kerajaan negeri-lah yang meluluskan cadangan pembangunan baru di-kawasan tersebut.

Sebagai ahli Parlimen yang mewakili rakyat di kawasan Bayan Baru dan Pulau Pinang secara umum, saya mendesak kerajaan Pulau Pinang supaya memberi jaminan bahawa kampung traditional Melayu akan di-lindungi dan tidak di-hapuskan atas nama pembangunan.

Kerajaan negeri harus mencari jalan dan mengujudkan dasar baru untuk melindungi hak orang Melayu yang kian hari kian di-hakis.

Kenyataan saya ini mungkin di-lihat sebagai berbaur politik tetapi ini adalah suatu masalah nyata yang menghantui penduduk kampung-kampung traditional Melayu di-Pulau Pinang.

Tindakan segera harus di-ambil jika benar kerajaan mengutamakan kebajikan rakyat.


Nota: Sebahagian besar penduduk Kampung Permatang Tepi Laut telah di-beri notis untuk berpindah sebelum 30 Oktober 2010 dan hampir kesemua mereka masih tidak mempunyai pilihan untuk penempatan baru.

Masalah ini di-utarakan semasa lawatan kerja saya ke kawasan Permatang Tepi Laut baru-baru ini.

video

Dato' Seri Zahrain Mohd Hashim
Ahli Parlimen Bayan Baru
Konsensus Bebas

Wednesday, August 11, 2010

SALAM RAMADHAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT.

Sekali lagi Ramadhan Al-Mubarak telah menjelang tiba dan saya mengambil kesempatan ini untuk mengajak umat Islam di tanahair tercinta ini untuk sama-sama menghayati bulan yang mulia ini.

Marilah kita, saudara sesama Islam, mengambil peluang keemasan dalam bulan yang mulia ini untuk muhasabah diri dan merangka sesuatu yang berfaedah untuk agama, bangsa dan Negara kita Malaysia.

Dalam bulan Ramadhan inilah kita harus mempertingkatkan rasa kesyukuran dan terimakasih kita kepada Allah yang Maha Berkuasa.

Rasa kesyukuran ini juga harus di-panjangkan kepada pemimpin Negara Islam Malaysia yang telah sekian lama memastikan kesinambungan bangsa dan agama menerusi pemerinthan yang bebas dari segala bentuk ancaman.

Kita harus berterimakasih kerana bumi bertuah Malaysia ini bebas dari segala bentuk bencana, samada yang semulajadi atau yang di-cetuskan oleh manusia seperti keganasan dan peperangan.

Malapetaka yang telah sekian lama melanda bumi Palestin dan negara-negara lain (khusus-nya Negara Islam) harus kita jadikan ikhtibar dan bersyukur dengan keamanan yang telah sekian lama kita nikmati.

Rakyat Malaysia, khususnya umat Islam di Negara Malaysia bertuah ini harus sedar bahawa keamanan yang kita nikmati hari ini tidak di-kecapi secara kebetulan atau semulajadi tetapi adalah hasil keringat pemimpin terdahulu.

Sebab utama Malaysia melonjak sebagai salah satu daripada Negara Islam yang paling berjaya dan menjadi ‘role model’ kepada saudara Islam di-negara-negara lain ialah kerana umat Islam di-negara tercinta ini telah hidup bersatu-padu sejak sekian lama.

Walau bagaimana pun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini bibit bibit perpecahan telah mula timbul di-kalangan umat Islam di Malaysia kita ini.

Perpecahan atau keretakan di-kalangan kita umat Islam di Malaysia adalah berlainan daripada perpecahan di Negara Islam lain seperti Iraq atau Iran.

Jika di-negara Islam Timur Tengah perpecahan adalah berikutan mazhab yang berbeza, tapi umat Islam di-Malaysia telah mula bertelagah kerana perbezaan parti politik.

Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, adalah menjadi tanggungjawab setiap orang Islam di-tanah bertuah ini untuk mencari jalan untuk menyatukan kembali umat yang kian hari semakin hanyut kearah yang bertentangan.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk melaksanakan tanggungjawab saya kepada agama Islam dan umat Melayu dengan menyeru agar kita melupakan segala sengketa politik dan kembali bersatu demi Negara yang kita cintai.

Masa depan kita, umat Islam di Malaysia, akan hanya terjamin menerusi perpaduan yang lebih kukuh dan utuh dan bukan-nya menerusi mainan politik sempit dengan agenda puak lain yang tamak-kan kuasa.

Marilah kita sama-sama meninggalkan segala kebencian, buruk sangka dan hasad dengki sesama Islam dan melangkah mencorakkan masa depan yang lebih terjamin untuk generasi akan datang.

Sebagai Wakil Rakyat yang menanggung beban tanggungjawab terhadap rakyat, saya ingin sekali lagi mengambil kesempatan di bulan yang mulia ini agar kita sama-sama bermuhasabah diri dan memilih jalan yang benar.

Selamat dan kekalkan-lah Negara Islam Malaysia ini dari segala bentuk ancaman dari luar dan dalam, termasuk ancaman dari umat Islam sendiri.

Kembalilah ke-pangkal jalan dan bersatulah demi agama, bangsa dan Negara tercinta ini.

Selamat menunaikan ibadah puasa di Ramadhan Al-Mubarak.


Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim

Ahli Parlimen Bayan Baru

(Konsensus Bebas Malaysia)