PERBAHASAN BELANJAWAN 2013 - 10 Oktober 2013
Ahli Parlimen Bayan Baru
Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim
Dewan Rakyat - Parlimen Malaysia
Assalammualaikum
Warahmatullahiwabarakatuh.
Tuan Yang Di-Pertua,
Terlebih dahulu
saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih serta
tahniah kepada YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato' Seri Najib
Tun Razak di-atas pembentangan Belanjawan -Janji DiTepati.
Terima kasih
saya dahulukan kerana rasa syukur segenap lapisan masyarakat dengan
peruntukan-peruntukan yang termaktub didalam Belanjawan Janji DiTepati dapat
dirasai disetiap pelusuk bumi bertuah ini.
Umpama pelita
yang menerangi kegelapan malam, keprihatinan kerajaan terhadap keperluan rakyat
menerusi Belanjawan kali ini telah nyata menerangi hati sanubari serta
kehidupan kita semua.
Tuan Yang
DiPertua,
Manusia dipegang
pada janjinya, begitu juga dengan kerajaan yang memerintah serta pemimpin yang
menunjangi kerajaan itu.
Peruntukan serta
perancangan yang dibentangkan menerusi Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 yakni
Belanjawan 2013 sememangnya menepati ciri-ciri ‘sebuah janji yang ditepati’
demi kemakmuran serta kesejahteraan rakyat.
Belanjawan Janji
DiTepati ini menengahkan suara hati serta keperluan rakyat jelata, ketika enau
dalam belukar sibuk hendak lepaskan pucuk masing-masing.
Tuan Yang
DiPertua,
Hanya yang
dangkal akan menolak rancangan yang baik untuk masyarakat kita.
Belanjawan kali
ini memperuntukan sejumlah wang yang besar bagi program dan projek pembangunan,
dengan fokus terhadap kesejahteraan rakyat.
Tiga puluh
billion ringgit disediakan bagi menampung keperluan infrastruktur,
perindustrian, pertanian dan pembangunan luar bandar.
Sejumlah 11.1
billion ringgit dikhususkan untuk pendidikan, latihan, kesihatan, kebajikan,
perumahan serta pembangunan masyarakat.
Manakala 4.6 billion ringgit lagi diperuntukkan bagi pembangunan sektor
keselamatan.
Peruntukan yang
saya sebut ini adalah diantara fokus utama Belanjawan Janji DiTepati dan ianya
jelas menzahirkan aspirasi kerajaan yang peka terhadap denyut nadi rakyat.
Tuan Yang
DiPertua,
Ketika kerajaan
sibuk mencorak masa depan negara bangsa menerusi pelbagai perancangan jangka
panjang dan pendek, saya tahu ada pihak yang tidak tidur malam sibuk merancang
untuk menggagalkan usaha kerajaan ini.
Golongan duri
dalam daging ini sanggup melakukan apa sahaja demi kelangsungan politik sempit
mereka, termasuk memburuk-burukkan negara dimata dunia.
Terdapat pelbagai
usaha golongan keji ini untuk menghalang pelaburan asing ke-negara ini,
antaranya ialah melakukan kegiatan yang bertentangan dengan prinsip kewangan
antarabangsa secara terbuka.
Tindakan seorang
ahli politik pembangkang membocorkan butiran akaun bank syarikat dan individu
bukan saja menyalahi undang-undang Banking and Financial Institutions Act
(BAFIA) 1989 tetapi telah mengejutkan pelabur asing.
Pelabur asing
yang kini runsing dengan tahap penguatkuasaan undang-undang perbankan kita dan
ini secara langsung akan menjejaskan status kita sebagai destinasi pelaburan
yang digemari individu dan syarikat asing.
Saya mendesak
agar pihak penguatkuasa undang-undang, khususnya Bank Negara Malaysia, lebih
peka kepada tindakan golongan yang mensabotaj ekonomi kita.
Janganlah pihak
Bank Negara leka dan tidak memantau, dan hanya bertindak apabila didesak –
umpama pepatah pahat dengan penukul.
Tuan Yang
DiPertua,
Pihak yang
bertanggungjawab memantau atau bertindak juga nampak-nya terlalu pasif dalam
isu pengaliran masuk dana asing secara haram kedalam negara kita.
Pembongkaran
skandal dana asing yang diterima pertubuhan haram seperti Suaram dan sekutu
mereka Malaysiakini adalah amat membimbangkan.
Suaram adalah
badan bukan kerajaan yang tidak didaftar dan terbukti telah menerima puluhan
juta dollar Amerika dari penyangak matawang George Soros.
Baru sekarang
kita tahu SUARAM bukan-nya Suara Rakyat Malaysia tetapi hanyalah Suara Haram
yang di-biayai orang asing yang berkomplot bersama pihak pembangkang untuk mencari
kuasa politik ditanahair kita.
Kini terbukti
Malaysiakini bukan-lah portal berita yang bebas tetapi hanya sekadar ‘running
dog’ atau budak suruhan puak pembangkang yang bersekongkol dengan pihak
asing.
Tuan Yang
DiPertua,
Tindakan
anasir-anasir yang mendalangi kegiatan Suaram, Malaysiakini dan yang seangkatan
dengan mereka adalah pengkhianatan besar terhadap rakyat dan negara ini.
Terbukti
golongan pengkhianat ini sanggup menggadai kedaulatan negara, demi untuk
merampas kuasa politik.
Saya tahu ada diantara
pengkhianat-pengkhianat ini, terutamanya yang menunjangi Suara Haram Suaram,
telah berjaya menduduki Dewan yang Mulia ini.
Kita mungkin
berdepan malapetaka politik, ekonomi dan sosial yang dashyat jika pengkhianat
yang di-taja orang asing dibenar mencorak masa depan negara bangsa ini.
Tuan Yang
DiPertua,
Yang makan cili
sudah tentu akan terasa pedasnya. Saya ingin mendesak agar Dewan yang Mulia ini
mengkaji kemungkinan membentangkan satu undang-undang khusus untuk menangani
ancaman ini.
Undang-undang
sedemikian bukanlah sesuatu yang janggal.
Amerika Syarikat
meluluskan undang-undang sedemikian pada tahun 1938 - Foreign Agents
Registration Act (FARA) –yang diletak-kan dibawah pengawasan terus National
Security Department atau
Jabatan Keselamatan Negara.
Baru-baru ini
Russia juga telah meluluskan undang-undang khusus untuk mengawasi kegiatan agen
asing yang mencampuri urusan dalaman negara itu.
Russia juga
telah mengusir badan-badan bukan kerajaan yang cuba mencetuskan huru-hara dan
menaja rusuhan jalanan atas nama hak asasi manusia.
Tuan Yang
DiPertua,
Izinkan saya memberi ringkasan seperti yang termaktub dalam
undang-undang FARA di-Amerika Syarikat.
“The Foreign Agents Registration Act
(FARA) was enacted in 1938. FARA is a disclosure statute that requires persons
acting as agents of foreign principals in a political or quasi-political
capacity to make periodic public disclosure of their relationship with the
foreign principal, as well as activities, receipts and disbursements in support
of those activities. Disclosure of
the required information facilitates evaluation by the government and the
American people of the statements and activities of such persons in light of
their function as foreign agents. The FARA Registration Unit of the
Counterespionage Section (CES) in the National Security Division (NSD) is
responsible for the administration and enforcement of the Act.”
Tuan Yang
DiPertua,
Sudah tiba
masanya kita mewujudkan satu undang-undang khusus seperti Foreign Agents
Registration Act ini demi mempertahankan kedaulatan kita.
Pengkhianat yang
di-taja anasir asing makin berleluasa didalam negara kita sehingga Dewan ynag
Mulia ini pun telah mereka bolosi.
Tanpa segan silu
mereka mengaku menerima dana asing tetapi berdalih konon-nya dana itu
disalurkan untuk menyuburkan lagi demokrasi dan hak asasi manusia.
Kenapa
tersipu-sipu untuk mendedahkan akaun kewangan mereka jika alasan itu benar?
Mengapa harus
ber-operasi menerusi pertubuhan haram jika tujuan mereka hanya untuk menegakkan
demokrasi dan hak asasi?
Puak Bersih yang
mengadakan rusuhan jalanan, menyerang anggota Polis dan merosakan harta benda
awam juga menerima dana asing dari Soros. Apakah agenda mereka ini bersih?
Tuan Yang
DiPertua,
Terbaru,
pendakwaraya kanan Kerajaan Peranchis Yves Charpenel telah membongkar
pembohongan yang didalangi pihak pembangkang melalui suara haram Suaram.
Yves Charpenel
telah menegaskan bahawa tidak ada apa-apa bentuk perbicaraan di-negara nya
berhubung pembelian kapal selam Scorpene oleh Kerajaan Malaysia.
Kenyataan rasmi pegawai kerajaan
Peranchis ini jelas membuktikan pembohongan Suaram dan pemimpin politik
pembangkang selama ini.
Bukan sahaja
rakyat di-tipu malah golongan yang tidak mengenal malu ini juga telah mengutip
derma dari orang ramai untuk memantau perbicaraan tersebut.
Hanya mereka
sahaja yang tahu bagaimana untuk memantau perbicaraan yang tidak wujud sama sekali.
Tuan Yang DiPertua,
Selama ini
pelbagai tohmahan telah dilemparkan ke-atas Kementerian Pertahanan serta
Kerajaan Malaysia secara keseluruhan nya.
Ada juga antara ahli Dewan ini yang
tergamak menzahirkan pembohongan-nya menerusi gambar Perdana Menteri yang di
‘superimpose’.
Dengan
pembongkaran terbaru pendakwaraya kanan Peranchis ini terbukti rakyat Malaysia
telah ditipu dengan tujuan mengaibkan kerajaan serta menimbulkan kebencian
terhadap pemimpin.
Saya ingin
mendesak agar pihak Kerajaan Malaysia atau secara khususnya Kementerian
Pertahanan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya terhadap
anasir-anasir ini dengan kadar yang segera.
Saya percaya
Kerajaan mempunyai asas-asas yang kukuh untuk mengambil langkah drastik
mengemukakan saman malu keatas pengkhianat-pengkhianat ini.
Jangan tunggu
nasi menjadi bubur sebelum bertindak kerana ini adalah soal keselamatan
negara.
Tuan Yang DiPertua,
Belanjawan Janji
DiTepati mencatatkan pendapatan sektor pelancongan dijangka mencecah 62 billion
ringgit pada tahun ini.
Saya menyambut
baik langkah pro-aktif kerajaan dalam pemperuntukan sejumlah 358 juta ringgit
untuk menjayakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2013/2014.
Sektor
pelancongan mampu mengimbangi pendapatan negara dalam suasana ekonomi global
yang tidak menentu dan ini terbukti ketika mengharungi krisis ekonomi yang
lampau, khususnya pada tahun 1997/98.
Ketika kerajaan
merancang cara-cara untuk menarik lebih ramai pelancong asing ada diantara
pemimpin pembangkang yang bergiat aktif sebagai duta adu-domba yang memburukan
tanahair-nya sendiri diluar negara.
Dahulu cerita
dongeng-nya dijaja di-Indonesia dan Filipina dengan menagih persamaan dengan
gerakan reformasi yang kecundang.
Kini Turki pula
jadi sasaran dengan laungan liberalisma dan kebebasan tanpa had.
Apakah Turki
menjadi citarasa semasa kerana di-sana kegiatan seks sama jenis serta aktiviti
LGBT yang lain sah di-sisi undang-undang?
Tuan Yang
DiPertua,
Pemberian bonus
satu bulan setengah untuk kakitangan awam adalah satu langkah wajar Kerajaan
untuk menghargai jasa dan pengorbanan lebih satu juta anggota perkhidmatan
awam.
Pelan
transformasi kerajaan yang dipelopori YAB Perdana Menteri telah nyata
menampak-kan hasil dan kejayaan ini banyak bergantung kepada kerjasama dan
iltizam anggota perkhidmatan awam kita.
Walaupun sering
menjadi sasaran pembangkang yang tidak jemu memburukkan segala institusi
kerajaan, anggota perkhidmatan awam kita adalah antara yang terbaik dikalangan
negara membangun.
Syabas kepada
setiap anggota perkhidmatan awam kita walaupun masih terdapat ruang untuk
penambahbaikkan dan pembaharuan.
Tuan Yang
DiPertua,
Seringkali
kedengaran suara-suara sumbang pembangkang serta pertubuhan-pertubuhan ‘running
dog’ mereka seperti Suaram yang membayangkan seolah-olah perkhidmatan awam kita
dicengkam amalan rasuah.
Saya tidak ingin
berbicara panjang tetapi cukup dengan satu soalan – jika benar anggota perkhidmatan
awam kita ini mengamalkan rasuah, siapa yang merasuah mereka?
Tuan Yang
DiPertua,
Rakyat menyambut
baik peruntukan 591 juta ringgit untuk menangani masalah jenayah dalam
Belanjawan Janji DiTepati ini.
Secara khususnya
cadangan mewujudkan Unit Rondaan Bermotosikal Polis Di-Raja Malaysia dengan
1,000 buah motorsikal adalah amat bertepatan dan kena pada masanya.
Pendekatan unit rondaan bermotosikal ini
serta penambahan perjawatan polis untuk menangani ancaman jenayah ada selaras
dengan tuntutan semasa.
Rakyat harus
sedar bahawa jenayah tidak mungkin dapat ditangani dengan menuding jari tetapi
dengan tindakan pro-aktif serta kerjasama yang lebih erat diantara pihak polis
dan masyarakat.
Tuan Yang DiPertua,
Kita tahu akan
wujudnya rancangan tersusun pihak tertentu yang saban hari memperlekehkan pihak
polis serta institusi-institusi lain seperti badan kehakiman, Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Pilihanraya dan juga Institusi Raja
Raja Melayu.
Malah prinsip
Rukunegara juga sering diperkotak-katikkan secara terbuka.
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Demikian lah
prinsip Rukunegara kita.
Tuan Yang
DiPertua,
Golongan yang
memperjuangkan kebebasan dan menyokong budaya LGBT dan seks sesama jenis dalam
negara ini nyata membelakangkan prinsip Rukunegara yang pertama iaitu
Kepercayaan kepada Tuhan kerana tidak ada satu pun agama dalam dunia ini yang
mengiktiraf atau menghalalkan LGBT.
Ada juga
golongan yang berusaha menghapuskan sistem Raja-Raja dalam negara kita.
Kesetiaan kepada negara dibelakangkan dan negara sendiri diburukkan dimata
dunia. Golongan liberal dan chauvinis ini beranggapan prinsip Kesetiaan Kepada
Raja dan Negara sudah lapuk.
Perlembagaan
tidak lagi dianggap luhur dan undang-undang negara seolah tidak berdaulat malah
peruntukan perlembagaan dicabar atas dasar kesamarataan dan liberalisma.
Dan akhir sekali
prinsip kesopanan dan kesusilaan cuba dikuburkan dengan berkelakuan biadap
dijalanan. Jalur Gemilang ingin diganti dan gambar Perdana Menteri dipijak
tanda benci.
Apakah ini
Malaysia yang ingin kita bina setelah kita harungi peristiwa hitam 1969 yang
hampir menghancurkan negara ini?
Tuan Yang
Dipertua,
Ada kemungkinan
golongan muda kita mudah terpengaruh dengan hasutan pelampau politik kerana
kurangnya pengetahuan sejarah dan asal-usul kita sebagai sebuah negara bangsa.
Perjuangan dan
pengorbanan pemimpin-pemimpin terdahulu untuk menjamin perpaduan pelbagai kaum
dalam negara ini harus kita hayati demi masa depan yang lebih terjamin.
Dalam konteks
ini saya menyarankan agar filem Tanda Putera terbitan Pesona Pictures Sdn Bhd
dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) ditayangan disetiap sekolah dan
pusat komuniti dinegara ini untuk mencelik-kan mereka yang masih buta
sejarah.
Tuan Yang
DiPertua,
Saya telah berpeluangan menghadiri
pra-tonton filem Tanda Putera ini dan nyata ianya adalah satu karya berdasarkan
sejarah tanahair di-kala kita di-uji dengan cabaran yang paling getir.
Tanda Putera
adalah karya unggul berdasarkan kajian mendalam fakta-fakta sejarah dan setiap
rakyat Malaysia yang benar-benar cintakan negara ini harus menghayati intipati
karya agung ini.
Mungkin ada yang
masih gentar dan takut dengan fakta-fakta sejarah yang dipaparkan dalam Tanda
Putera. Saya rasa golongan ini harus menguatkan semangat dan menghadapi
kenyataan kerana seperti kata ahli falsafah Sepanyol George Santayana “Those
who do not learn from history are doomed to repeat it” – mereka yang gagal
mengambil iktibar dari sejarah ditakdirkan mengulangi-nya.
Tuan Yang
DiPertua,
Mungkin ada yang
tertanya-tanya mengapa dalam perbahasan ini saya tidak menyentuh langsung
Belanjawan yang dibentangkan pihak pembangkang tempohari.
Sebenarnya apa
yang dikemukan oleh pemimpin anugerah Tuhan itu hanyalah satu lagi pembohongan
dalam siri pembohongan-nya yang tidak mengenal batas.
Setiap insan
yang berakal dan mampu berfikir secara waras pasti dapat menilai pemimpin anugerah
Tuhan yang sehingga kini masih tercari-cari jam Omega milik-nya itu.
Malah baru-baru
ini beberapa pemimpin tertinggi dan golongan ulama dalam Pas juga telah mula
memberanikan diri untuk mengkritik rancangan pembohong bersiri itu.
Tidak mungkin
ulama Pas seperti Ustaz Haron Din dan Sasterawan Shahnon Ahmad disogok dengan
wang ringgit untuk mengkritik sandiwara pembangkang secara terbuka.
Saya fikir
tindakan golongan ulama ini menandakan detik perubahan dalam Pas dan kehancuran
puak yang hidup berdasarkan pembohongan.
Tuan Yang
DiPertua,
Rakyat harus
bijak menilai di-antara kaca dan permata.
Ini mungkin kali
terakhir Dewan Yang Mulia ini bersidang sebelum dibubarkan untuk menghadapi
pilihanraya.
Rakyat Malaysia
akan sekali lagi berpeluang untuk memilih wakil mereka diperingkat negeri dan
persekutuan yang secara langsung akan menubuhkan kerajaan untuk mentadbir
negara bertuah ini.
Pilihanraya yang
akan datang ialah yang ke-13 sejak negara ini mula berdiri atas kaki sendiri
pada tahun 1957. Kita telah mengharungi 12 pilihanraya umum sebelum ini, namun
pilihanraya yang ke-13 adalah yang paling kritikal dalam sejarah tanahair kita.
Rakyat hanya ada
dua pilihan, iaitu mengekalkan kesinambungan pentadbiran kerajaan yang telah
mengemudi negara ini dengan jayanya selama lebih 50 tahun atau menyerahkan
negara bangsa ini kepada seorang pembohong bersiri yang tidak berhati perut.
Tuan Yang diPertua,
Pemimpin pembangkang yang kemaruk kuasa
ingin menjadi Perdana Menteri itu
adalah seorang pembohong yang sanggup melakukan apa sahaja demi nafsu.
Nafsu pembohong
ini tidak mengenal batas. Saya tidak perlu menghuraikan jenis-jenis nafsu dan
tabiat buruk-nya yang telah diketahui umum tetapi rakyat harus sedar akan
ancaman manusia ini kepada negara kita.
Jika jauhari
mengenal manikam, saya mengenali pembohong ini kerana pada satu ketika dulu
saya dan rakan-rakan juga menjadi mangsa putar belit-nya.
Tuan Yang
DiPertua,
Sebagai sebuah
negara yang baru 55 tahun merdeka dan menguruskan diri sendiri, kita telah
sampai dipersimpangan yang amat kritikal.
Kritikal kerana
kita dipersimpangan antara jalan menuju kehancuran dan jalan ke-arah mencapai
Wawasan 2020.
Bukan sahaja
pelaksanaan Belanjawan Janji DiTepati ini, malah masa depan anak-anak kita
bergantung kepada jalan yang akan kita, rakyat yang waras, akan pilih. Yang waras sudah pasti dapat membezakan
antara kaca dan permata.
Tuan Yang
DiPertua,
Saya mohon
menyokong Rang Undang-Undang Perbekalan 2013.
Terima Kasih.
Zahrain Mohd
Hashim
Ahli Parlimen Bayan Baru
No comments:
Post a Comment