Friday, July 8, 2011

Campurtangan Asing & Pengkhianat Negara



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kita rakyat Malaysia amat bertuah kerana mewarisi sebuah Negara yang aman, damai dan berdaya maju walaupun dihuni oleh penduduk pelbagai bangsa dan agama.

Selama lebih 50 tahun sejak merdeka kita berjaya mencorak perjalanan Negara ini tanpa sebarang ‘perang saudara’ atau konflik terbuka yang mampu menggugat keharmonian, keamanan dan kedamaian kita.

Tetapi nampaknya kini telah muncul satu gerakan terancang untuk mengganggu gugat keistimewaan kita sebagai sebuah Negara bangsa yang aman, damai, bersatu dan progresif.

Apa yang lebih merisaukan ialah wujudnya elemen-elemen campurtangan Negara lain dalam soal menentukan kepimpinan dan halatuju kita sebagai sebuah Negara yang merdeka.

Kerana kedudukan kita sebagai Negara Islam yang maju dan progresif, memang wujud pelbagai percubaan untuk ‘menguasai’ Malaysia sejak sekian lama.

Apa yang merunsingkan kita pada masa ini ialah kemunculan dalang di-antara rakyat Malaysia yang sanggup berkerjasama dalam mencapai matlamat orang asing yang ingin mencorakkan halatuju dan pendirian kita.

Pendedahan bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr.Chandra Muzaffar baru-baru ini mengenai menyaluran dana asing bagi pertubuhan-pertubuhan dan individu yang anti-kerajaan membuktikan ancaman ini.

Antara yang dipercayai menerima dana asing berjumlah ratusan ribu Dollar Amerika ialah syarikat Mkini Dot Com Sdn.Bhd yang mengendalikan portal berita Malaysiakini dan sebuah lagi syarikat tempatan Suara Initiatif Sdn.Bhd yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pertubuhan bukan kerajaan Suaram.

Pemimpin pertubuhan haram yang kini mengganggu-gugat keselamatan negara dan ketenteraman awam, Bersih, juga dilaporkan telah menerima ratusan ribu Dollar Amerika dari sumber asing secara terus dan menerusi pelbagai badan bukan kerajaan dibawah naungan mereka.

Apa perlunya menadah tangan menerima sumbangan ratusan ribu Dollar Amerika dari pertubuhan-pertubuhan Yahudi yang konon-nya mempromosikan demokrasi, ketelusan dan hak asasi manusia?

Ramai yang mengesyaki bahawa gerombolan yang menganggotai Bersih dan Ngo-Ngo yang berselindung disebalik kumpulan haram ini bukan berniat untuk memperbaiki amalan demokrasi atau menjulang hak asasi, niat mereka ialah untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat.

Kini jelas cadangan demonstrasi jalanan Bersih bukan untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin kerana Datuk S.Ambiga tidak menyebut atau menyerah sebarang memorandum ketika menghadap Tuanku beberapa hari yang lalu.

Jika tujuan berkumpul pada 9hb Julai, 2011 adalah semata-mata untuk menyerahkan memorandum kepada Tuanku kenapa tidak disampaikan bila masa diterima menghadap ?

Muslihat Ambiga terungkai dengan sendirinya dan kini terbukti bahawa rancangan demonstrasi jalanan mereka adalah untuk menghuru-harakan negara ini.

Apakah Bersih dan sekutu-nya, termasuk ahli politik yang terdesak dan tertekan dengan masalah moral diri, kini bagai lembu dicucuk hidung dan terpaksa mengikut arahan “tuan dari luar’ yang telah membiayai mereka selama ini.

Dr. Chandra Muzaffar telah mendedahkan bahawa pada 27 Jun hingga 2 Julai lalu, Pengarah Projek Burma/Inisiatif Asia Tenggara, Maureen Aung Thwin telah bertemu dengan pemimpin pembangkang serta pertubuhan yang bernaung di bawah Bersih.

Kita percaya pertemuan itu membincangkan sumbangan dana beratus ribu Dolar Amerika untuk gerakan jahat Bersih kerana Projek Burma/Inisiatif Asia Tenggara dikendalikan Open Society Foundations (OSF).

OSF bukan baru kepada kita kerana yayasan Yahudi inilah membantu menyumbangkan dana yang lumayan dalam usaha seorang pengkhianat Negara dan gerakan reformasinya pada lewat tahun 90an.

Berdasarkan fakta-fakta ini dan perkembangan terbaru dalam negara di-mana gerakan haram Bersih semakin berani mencabar kerajaan yang di-naungi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong serta Polis Di-Raja Malaysia, saya mendesak agar tindakan di-ambil keatas pengkhianat dan petualang bangsa.

Berkerjasama dengan pihak asing untuk menggugat keRAJAan yang dipilih rakyat adalah pengkhianatan yang tidak boleh di-maafkan.

Saya mendesak agar pihak berkuasa tidak mengambil ringan pendedahan demi pendedahan berhubung penyaluran dana asing menerusi OSF, National Democratic Institute (NDI), National Endowment for Democracy (NED) dan beberapa organisasi asing yang nampaknya amat berminat untuk mencatur politik dan kepimpinan Negara kita ini.

Jangan kita biarkan pisang berbuah dua kali. Mereka mencuba pada tahun 1999 menerusi demonstrasi jalanan reformasi dan kini mereka mencuba lagi menerusi Bersih.

Terima Kasih.


Zahrain Mohd Hashim

Ahli Parlimen Bayan Baru

2 comments:

Anonymous said...

tangkap semuanya letakkan dalam kandang babi kerana mereka ni tak bertamadun............buat kacau je al juburi.............semuanya tak mau berjubok nak.....ada akai ka

Anonymous said...

Kita rakyat biasa apa nak bising-bising sedangkan Menteri Berkenaan pun senyap seribu bahasa tanpa apa-apa tindakan kecuali AMARAN!! AMARAN!! AMARAN!!
Buang masa aja nak fikirkan politikus Melayu di Malaysia. Bukan tak bersemangat juang tapi yang bertanggungjawab pun lemah tak bermaya.
Maaf pandangan agak keras kerana terlalu kesal dengan apa yang berlaku terhadap orang Melayu di Malaysia masa kini.