Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.
Sesuatu yang buruk jika dibenarkan berlarutan akan mendatangkan bencana yang lebih besar.
Umpama api yang membara, gejala buruk dalam masyarakat harus kita padamkan ketika ianya masih kecil.
Api pembohongan juga harus dibendung atau dipadamkan sebelum ianya memesongkan pemikiran rakyat dan meruntuhkan masyarakat.
Janganlah masyarakat kita, terutamanya orang Melayu, berpecah belah kerana adanya anasir-ansir yang begitu rakus ingin berkuasa.
Saya terpanggil untuk mengulas tentang isu pembohongan anasir-anasir berkepentingan ini kerana ketika ini pembohongan sedang di-jaja dengan begitu aktif.
Bukan bermakna bahawa golongan ini pernah berhenti berbohong tetapi mereka ini mempunyai sindrom ‘membabi buta’ bilamana adanya pilihanraya.
Pilihanraya kecil Tenang sedang hangat. Belum pun kempen pilihanraya bermula, petualang bangsa yang tidak mengerti rasa malu telah mula menjaja pembohongan mereka.
Ada yang bertopengkan agama dan ada yang menagih simpati konon-nya dianiaya tanpa henti.
Apakah kesudahan cerita dongeng dan pembohongan mereka yang di-jaja kepada rakyat ini?
Sekali lagi cerita pembunuhan Altantuya di-jaja kepada masyarakat kampung dan peneroka Felda dalam usaha untuk mengaibkan pemimpin Negara.
Kenapa isu Altantuya ditimbulkan setiap kali adanya pilihanraya kecil?
Nyata ianya adalah ‘racun minda’ yang di-adun dengan begitu teliti sehingga rakyat mudah terpedaya dan percaya.
Siapa yang mengadun ‘racun minda’ Altantuya ini? Seperti kes kematian Teoh Beng Hock yang di-politik-kan tanda penghujung, siapa yang menjaja cerita karut ini? Apa kepentingan mereka?
Saya tahu siapa dalang di-sebalik cerita karut untuk mengaibkan pemimpin negara menerusi isu pembunuhan Altantuya ini.
Ini bukan cerita baru kerana agenda jijik ini dilakar ketika pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi.
Tujuan-nya ialah untuk menghalang Datuk Seri Najib Razak, dengan apa cara sekali pun, daripada menggantikan Abdullah.
Pendedahan ini bukan cerita baru kerana isu ini telah di-dedahkan secara terperinci oleh YB Zulkifli Noordin di Dewan Rakyat.
YB Zulkifli mempunyai pengalaman peribadi sebagai peguam dalam kes pembunuhan Altantuya dan beliau telah membongkar akan wujudnya konspirasi jahat untuk mengaibkan Perdana Menteri dan isteri beliau.
Kita tahu siapa dalang yang mencipta skrip pembohongan ini dan ‘modus operandi’ mereka secara terperinci.
Selain Akuan Sumpah palsu, anasir-ansir ini juga membuat pelbagai usaha jijik yang lain.
Kita tidak mungkin lupa akan tindakan Tian Chua (Ahli Parlimen PKR Batu) yang merekacipta gambar palsu Altantuya bersama Perdana Menteri. Ini bukan tuduhan palsu kerana Tian Chua sendiri telah mengaku melakukan perbuatan keji lagi terkutuk itu.
Agak pelik kenapa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau pihak Peguam Negara masih belum mengambil tindakan yang sewajarnya ke-atas jenayah yang dilakukan Tian Chua.
Dewan Rakyat telah di-maklumkan pada persidangan Nov-Dec 2010 bahawa SKMM telah selesai dengan siasatan namun sehingga kini belum ada apa-apa tindakan.
Saya rasa pihak Peguam Negara harus meneliti kes gambar palsu Tian Chua ini dengan kadar yang segera dan mengambil tindakan yang sewajarnya, jika tidak ini akan mendorong anasir-anasir ini untuk terus mencipta pembohongan demi pembohongan demi meracuni pemikiran rakyat.
Tian Chua telah di-dakwa dan di-hukum oleh Mahkamah kerana menggigit seorang anggota Polis tidak lama dahulu tetapi kes jenayah merekacipta gambar palsu masih belum timbul di-kamar penghakiman.
Tian Chua harus di-dakwa atas kesalahan jenayah ini secepat mungkin sebagai pengajaran kepada anasir-anasir lain yang masih menjaja pembohongan ini.
Padamkan api ketika ianya masih kecil, jika tidak kebenaran akan rentung di-jilat api pembohongan.
Terima Kasih.
Zahrain Mohd Hashim
Ahli Parlimen Bayan Baru.
4 comments:
salam..sebab tu kita kena sokong ISA dipraktikan semula seperti dulu2..kalau dah terbukti mengancam kedaulatan negara..
Old man, I never forced you to read my blog. I write with malice to none. This is not an ordinary blog since it is read around the world because it is serious and issues centric. Rerun? I have a life, more productive than you can think of even for yourself. Cheers, Din Merican
Old Man - January 21, 2011 at 5:07 pm
ARE YOU SURE DATO DIN MERICAN?
I DOUBYT PRESIDEN OBAMA READ YOUR JUNK BLOG.
YOUR BLOG IS FULL OF LIES AND HATRED
YOUR BLOG DOES NOT ALLOW CRITICISM OF YOURSELF, YOUR WRITING AND CRTICAL COMMENTS.
YOUR DEMOCRATIC PRINCIPLE AS CLAIM BY YOU IS HOLLOW..HOLLOW...HOLLOW..
YOUR BLOG IS UNDEMOCRATIC LIKE YOUR MENTOR ANWAR IBRAHIM.
WHAT A SHAME... WHAT A SHAME.... WHAT A SHAME.... SHAME ON YOU DATO DIN MERICAN
YB,
Kita terlalu takut untuk mengambil tindakan tegas...KDN macam tak berfungsi..entah mana silapnya..saya harap kita masih lagi ada menteri dalam negeri. Jangan asyik beri AMARAn..kemudian AMARAN KERAS sahaja..letih dah saya dengaq
TanjungTokong
setuju YB pembohongan mesti diperangi habis-habisan, termasuk YB yang membohongi rakyat..... kita ganyang habis-habisan semua pembohong
Post a Comment