Saturday, January 15, 2011

KARPAL SINGH SAKSI PENDAKWA KES LIWAT ANWAR IBRAHIM!

Kenyataan Media

Assalammualaikum dan Selamat sejahtera.

Merujuk kepada kenyataan terdahulu saya tentang perlunya Peguam Negara “menjemput” Pengerusi DAP Karpal Singh sebagai Saksi Pendakwa dalam Kes Liwat Kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkembangan terkini dalam isu ini agak meragukan kerana ternampak seolah-olah wujud percubaan untuk mengalihkan perhatian daripada isu “Karpal Singh sebagai saksi pendakwa” ini.

Setahu saya selepas Peguam Negara di-gesa memanggil Karpal Singh sebagai saksi pendakwa, peguam terkemuka itu tidak membuat apa-apa pendirian setakat ini.

Saya pasti, sebagai seorang peguambela jenayah yang tersohor, Karpal Singh memang sentiasa bersedia untuk tampil memberi kenyataan. Kamar Mahkamah adalah tempat mainan Karpal.

Bagaimanapun tindakan Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor ini memfailkan semakan kehakiman keatas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi, di-kala beliau sendiri dikehendaki hadir sebagai saksi pendakwa, menimbulkan pelbagai persoalan.

Jangan ada cubaan untuk mencemar institusi Badan Kehakiman Negara untuk digunakan sebagai alasan untuk melepaskan diri sendiri.

Pendekatan pihak Peguam Negara untuk berdiam diri juga secara langsung mempermudahkan usaha untuk lari dari tanggungjawab sebagai saksi pendakwa dalam Kes Liwat Kedua Anwar Ibrahim.

Jangan di-timbulkan soal kospirasi dan pelbagai silap mata lain kerana Karpal Singh sendiri telah membuat pengakuan terbuka berhubung kaitan dan pengetahuan berkenaan perlakuan seks luar tabii Anwar Ibrahim.

YB Wee Choo Keong telah mendedahkan segala butiran dalam blog beliau dan baru-baru ini saksi-saksi utama dan pengadu telah membuat kenyataan terbuka tentang peranan Karpal Singh sebelum Anwar Ibrahim di-dakwa atas kesalahan Liwat pada tahun 1998.

Saya sekali lagi mendesak pihak Peguam Negara agar memastikan Karpal Singh berkongsi maklumat beliau berhubung kes ini. Karpal Singh harus di-panggil menjadi saksi pendakwa (Prosecution Witness).

Bagi pihak yang cuba mengalihkan perhatian, saya rasa janganlah membuang masa kerana rakyat kini sudah celik.

Terima Kasih.

Zahrain Mohd Hashim

Ahli Parlimen Bayan Baru.

4 comments:

Anonymous said...

Baii tu kecut teloq YB. Asyik cabar orang lain sekali kena cabar kecuuuuuuut teloq mcm kepala kura.

Anonymous said...

GOOD SUGGESTION SINCE KARPAL SINGH SEEMS TO KNOW A LOT ABOUT THE OTHER SIDE OF KETUA UMUM PAKATAN RAKYAT DATUK SERI ANWAR BIN IBRAHIM.
KARPAL, WEE CHOO KEONG, ZULKIFLI NURDIN, DATIN SERI WAN AZIZIAH, NURUL IZZAH, SANKARAN NAIE AND AZMIN KNOW THE TRUE SELF OF ANWAR. THEY ARE HOLDING HIM AT RANSOM.
ANWAR'S SON TOO KNOWS HIS FATHER BETTER THAN YOU AND ME. WONDER WHERE HE SON IS? ID HE MARRIED? IS IT TRUE THAT HE DIDNT WANT ANWAR TO BE PRESENT AT HIS WEDDING?
PLEASE SAUDARA KARPAL SINGH, PLEASE PERSUADE ANWAR TO REPENT AND SEEK FORGIVENESS FROM ALLAH.


GOPALA

Unknown said...

Saya pun sependapat dengan Yb dalam hal ni. Sejak Yb Zul mengeluarkan kenyataan yang hampir serupa, nampaknya ramai orang pun sependapat, apatah lagi dengan desakan terbaru daripada Umi Hafilda, nampaknya si Bai dengan kekasih Al Jub nya kecut, macam-macam kecut .........

Anonymous said...

ustaz Salam

yang lantang mengkritik orang lain harus tampil menjadi saksi. apa yang harus ditakutkan. bukan kah Anwar harus berani kerana benar. sampai sekarang pun tak berani nak bersumpah junjung Al-Quran. anak beranak semua pembohong tegar. takutlah sedikit pada Tuhan Yang Esa. takutlah pada neraka jahanam. takutlah pada nasib bangsa dimasa hadapan. bertaubatlah anwar, azizah, nurul dan pengikut mereka. desarlah sebelum terlambat.