Thursday, January 6, 2011

Dalang di sebalik MB

Dalang dan Pak Turut nya!



Kenyataan Media

1. Kemelut perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Khusrin Munawi adalah satu helah politik. Matlamat utama Pakatan Rakyat adalah untuk mencetuskan detik permulaan krisis Perlembagaan di Malaysia.

2. Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hanya ‘menurut perintah’ Tok Dalang dari Pulau Pinang yang dibantu oleh pakar undang-undang dari sebuah pulau “yang dahulunya milik Negeri Johor’.

3. Jika dibuat analisa ringkas, isu perlantikan Khusrin dan kedegilan untuk meminda Perlembagaan langsung tidak menguntungkan pihak Menteri Besar. Lagipun Pakatan Rakyat tidak mempunyai majority 2/3 di Dewan Undangan Negeri untuk membuat apa-apa pindaan kepada Perlembagaan.

4. Ini hanyalah helah terancang Tok Dalang dari Pulau Pinang. Saya rasa tindakan menghina Istana dan seterusnya mencetuskan perasaan bencikan Institusi Raja-Raja Melayu seperti yang diunjurkan di Selangor mempunyai implikasi yang lebih besar.

5. Selepas ini mungkin Pulau Pinang, yang diterajui Setiausaha Agong DAP yang amat berkuasa, akan meneruskan agenda ini dengan meminda Perlembagaan / Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

6. Bukan sahaja Kerajaan Lim Guan Eng mempunyai majority 2/3 di Dewan Undangan Negeri malah Pulau Pinang juga tidak ber-Sultan.

7. Tuan Yang Terutama Ketua Negeri Pulau Pinang tidak mungkin dapat meraih sokongan padu rakyat sepertimana yang di-nikmati Raja-raja Melayu. Ini akan mempermudahan agenda untuk mencetuskan Krisis Perlembagaan.

8. Saya amat risau dengan perkembangan ini dan berharap agar seluruh tenaga dan kuasa politik orang Melayu di-gembelengkan untuk mengelak orang Melayu daripada “di-jajah sekali lagi”.

9. Saya juga berharap agar pihak Menteri Besar Selangor dan pemimpin Melayu dalam Kerajaan Negeri Selangor sedar akan mainan terkutuk puak chauvinis dalam DAP untuk menghakis kedudukan Raja-Raja Melayu.

10. Perkembangan seterusnya kemelut diSelangor ini akan membuktikan wujudnya suatu ‘Perjanjian Syaitan’ untuk memisahkan Pulau Pinang daripada Tanah Melayu, sepertimana kita kehilangan Singapura


(Distrust and ideological differences between leaders of the State of Singapore and the federal government of Malaysia resulted in frequent disagreement in politics, economic, financial and social policies. The conflict spread to the populace, resulting in major racial riots in 1964 in Singapore. In 1965, Malaysian Prime Minister Tunku Abdul Rahman decided upon the expulsion of Singapore from the Federation, leading to the Independence of Singapore on 9 August 1965. – Wikipedia.)

11. Berwaspadalah sebelum Perjanjian Syaitan menjadi kenyataan.


Daulat Tuanku!


Terima Kasih,


Zahrain Mohd Hashim

Ahli Parlimen Bayan Baru

8 comments:

sgray said...

Yang di perkatakan tu semua nya sudah jelas hanya menanti masa...inilah akibatnya bila marah kan sekor nyamok habis kelambu dan rumah dibakar....akhirnya merempat..

Semoga langkah2 membendungkan kejadian yang tidak diingini giat di usahakan sebelum NASI MENJADI ...NASI BASI.. [SUAI UTK MAKANAN TERNAKAN JE}...kalau bubur masih boleh di telan lagi.

Anonymous said...

eh...eh...i risau ne..tulun..tulun...

eh...eh...i risau ne..tulun..tulun...

u risau tak? if u tak risau mari kite lompat skali laie..haha...

risau kunun..time Mahathir pinda prlembagaan kuasa raja..ader saper risau?

jom lompat sumer2..lompat drp bangunan tingkat 15 plaza masalam..shah alam..haha...

Anonymous said...

Dato sampaikan salah TAHNIAH kepada Pak Lah...kerana dialah Negara kita tertinggal 15 tahun kebelakang...6 tahun ahsyik berpolitik.. dia lepas 5 negeri kepada Pkatan,,,, dia bebaskan Durjana negara kenapa.. Pak Lah saya rasa tak tau sebeb dia memang tak ambil tahu dan memang tak tahu..Gi tanam pokok bunga ajal lah Dollah

Generasi Pejuang Bangsa said...

syabas YB yang dedahkan tok dalang sebenar yg berada di PP ...

Apanama said...

Yang dangkal akan menyamakan niat dan tujuan pindaan perlembagaan di zaman Perdana Menteri Ke-Empat Tun Dr Mahathir Mohamad dengan agenda terpendam DAP untuk menghapuskan institusi Raja Raja Melayu.

Yang waras harus bertindak.

Anonymous said...

Orang Pas Selangor cuti ke?




buluhruncing

Anonymous said...

wakil rakyat pkr nak keluar jadi bebas datok. boleh suruh masuk konsus bebas ka. pas ada gak. meluatdah ngan sheikh plastic kita tu.

sikit2 konspirasi. sikit2 orrang nyaya kat dia. sikit2 yahudi. sikit2 org nak bunuh dia. sikit2 sakit tengkok. sikit2 sakit pungkok. sikit2 cari pungkok. sikit2 rasuah. sikit2 rumah dia 7juta. sikit2 anakbini nak party, sikit2 bohong tak sudah2. sikit2, lama-lama sudah jadi bukit, boleh sakit brother Sheikh.


sikit2



*

Anonymous said...

awas

KHALID MENTERI BESAR SELANGOR PENDERHAKA. BAIK MOHON DI-AMPUN KAN TUANKU SULTAN SEBELUM DILUDAH DIKHALAYAK RAMAI. PEMIMPIN PKR DAN DAP JANGAN DERHAKA KPD TUANKU SULTAN. KAMI TIDAK AKAN MEMAAFKAN PERDERHAKAN KAMU.