Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.
Dewasa ini politik dalaman Negara kita kian stabil dan nampaknya rakyat telah mula kembali ke-pangkal jalan.
Walaupun segelintir masih di-belenggu tipu daya dan pelbagai helah politik kebencian, sebahagian besar rakyat telah mula sedar.
Bila rakyat bertindak dengan pemikiran yang waras maka anasir yang mengapi-apikan politik kebencian akan sungkur terkubur tidak lama lagi.
Kita harus sedar dan berjaga-jaga pada ketika ini kerana anasir-anasir politik kebencian ini amat berbahaya dan sanggup lakukan apa sahaja untuk kembali relevan. Ini pengalaman peribadi saya dan saya tahu mereka terdesak pada masa ini.
Saya amat terkejut dengan laporan baru-baru ini tentang wujudnya kaitan diantara Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kumpulan Persaudaraan Islam (Muslim Brotherhood).
Muslim Brotherhood dikatakan mempunyai hubungan akrab dengan pengganas Al-Qaeda dan turut menyumbang dana beratus ribu dollar Arab Saudi kepada kumpulan pengganas itu.
Yang mengejutkan kita ialah Muslim Brotherhood juga dilaporkan membiayai agenda politik kebencian yang dipelopori Anwar Ibrahim.
Ini bukan sesuatu yang remeh kerana anasir yang bersekutu dengan pengganas mampu melakukan apa sahaja demi kelangsungan politik peribadi.
Di-laporkan bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri telah pun mengambil langkah awalan untuk memastikan kesahihan laporan agensi perisikan Arab Saudi itu.
Saya ingin menyarankan disini agar laporan agensi perisikan Arab Saudi itu dikaji dan disiasat sedalam-dalamnya agar kita tidak menyesal dikemudian hari.
Seperti tuntutan-tuntutan sebelum ini agar Kerajaan dan pihak berkuasa lebih telus dan menyeluruh dalam tugasan mereka, saya ingin menuntut agar suatu siasatan yang terperinci, dengan kadar segera, di-adakan demi menjaga Keselamatan Negara.
Jangan pandang remeh laporan tentang wujudnya hubungan akrab diantara Anwar Ibrahim, kumpulan Muslim Brotherhood dan pengganas Al-Qaeda.
Masakan mereka menyumbang dana beratus ribu dollar Arab Saudi jika hubungan tidak akrab dan menuruti sesuatu agenda tersembunyi?
Pihak Kementerian Dalam Negeri tidak harus gentar dengan strategi politik yang akan cuba mengaibkan setiap tindakan penguatkuasaan undang-undang yang tidak berpihak kepada mereka.
Kementerian Dalam Negeri harus menjalankan tugas yang di-amanahkan rakyat tanpa mempedulikan implikasi politik kerana ini bukan isu politik.
Ini mungkin suatu ancaman besar kepada keselamatan Negara kita.
Ambil-lah pendekatan Berani Kerana Benar.
Zahrain Mohd Hashim
Ahli Parlimen Bayan Baru.
4 comments:
inilah masalah utama dalam negara kita sekarang Dato'. nampak macam kerajaan takut sangat nak bertindak keatas mereka yang sengaja melanggar undang-undang. apa lagi jika ada yang menjalinkan JV dengan pengganas. tolonglah menteri dalam negeri, jangan asyik beri amaran. tolong bertindak
APA NAK JADI DENGAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM NI?
SAYA BERDOA AGAR ANWAR IBRAHIM DAN KELUARGA KEMBALI KE PANGKAL JALAN. CEPAT-CEPATLAH MINTA AMPUN DARI ALLAH.
BERTAUBATLAH DATUK SERI ANWAR, MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK MENEBUS DOSA ANDA SEKELUARGA KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.
INGATLAH, GENERASI MASA DEPAN AKAN MENGINGATI ANDA SEBAGAI PENGKHIANAT DAN PENDERHAKA!
cicero
salam..
Dato', Muslim Brotherhood dengan Ikhwanul Muslimin tu lain ke?
Salam dato',
Saya setuju bahawa isu keselamatan janganlah dipandang ringan.
Kementerian Dalam Negeri harus membezakan keperluan keselamatan dengan keperluan politik.
Rakyat telah memberi mandat untuk menjaga negara, bukan menjaga politik semata-mata.
Memberi pertimbangan kepada isu politik perlu bijaksana dan menggunakan isu keselamatan dengan bijak juga akan memberi kelebihan pada politik.
Menteri perlu bijak dan berani. Seberani rakyat memberi kuasa kerajaan.
Post a Comment