Wednesday, June 8, 2011

MAJLIS PEGUAM ... bebas atau ?



“An independent Bar is a hallmark of a free and democratic society” - jika diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia bermakna “Majlis Peguam yang bebas adalah petanda masyarakat yang bebas dan demokratik”.

Ungkapan tersebut membawa maksud yang amat mendalam dan secara amalannya berperanan membentuk masa depan sesuatu masyarakat yang dinamik.

Majlis Peguam atau mana-mana badan yang bertindak mewakili profesion tersebut haruslah benar-benar bebas dan hanya bertindak berdasarkan kepentingan umum.

Saya ingin menarik perhatian umum kepada perkara pokok ini kerana dinegara kita Majlis Peguam nampaknya telah di “hijack” atau di-perkudakan oleh orang perseorangan dan segelintir ahli politik.

Apakah erti kebebasan dalam konteks badan peguam seperti Majlis Peguam Malaysia?

Apakah kebebasan itu bermakna Majlis Peguam atau individu yang konon-nya mewakili beribu-ribu peguam diseluruh Negara selang hari mengkritik dan memperkotak-katikkan kerajaan dan agensi-agensinya?

Apakah “Majlis Peguam yang bebas’ bermakna peguam harus menentang kerajaan dan mengambil pendekatan yang ekstrim dalam menangani sesuatu isu yang mempunyai kepentingan umum?

Saya musykil kerana sudah lebih dari sedekad sekarang di-mana Majlis peguam atau gerombolan yang menduduki jawatan dalam majlis berkenaan bertindak sebagai satu lagi parti politik dalam Negara ini.

Jika kita masih ingat, semenjak penyingkiran seorang Timbalan Perdana Menteri akibat salah laku seks dan penyalahgunaan kuasa pada tahun 1998, badan peguam kita telah mula bergiat aktif dalam politik.

Saya pasti ramai yang akan menafikan kenyataan ini tapi rakyat boleh menilai sendiri kebenarannya.

Kini setelah lebih dua belas tahun ramai dikalangan peguam-peguam muda juga telah mula sedar bahawa sebenarnya Majlis Peguam seakan dikuasai politik pembangkang.

Kebanyakan besar isu yang dibawa atau diperjuangkan badan Peguam lebih berunsur politik daripada kepentingan umum atau masyarakat.

Cara badan peguam mempelopori sesuatu isu juga se-akan bertujuan mencari “political milage”, menghina dan memperkecilkan pihak lain dan bukannya untuk memcari jalan penyelesaian.

Isu kematian dalam tahanan tidak lama dahulu adalah contoh di-mana pihak Polis Di-Raja Malaysia di-gambarkan sebagai penjenayah manakala mereka yang menyalahi undang-undang ditatang seumpama pejuang.

Kenyataan-kenyataan badan peguam berhubung isu kematian pembantu kepada ahli politik DAP saudara Teoh Beng Hock juga harus diteliti.

Tidak keterlaluan jika saya katakan badan peguam seolah-olah mempunyai agenda tersendiri dan ianya se-akan-akan agenda politik beberapa ahli politik pembangkang.

Tindak-tanduk badan peguam selepas kerajaan bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja berhubung kematian Teoh Beng Hock juga menjadi persoalan ramai. Apa sebenarnya matlamat badan peguam kita?

Saya pasti rakyat juga tidak terlepas pandang tindakan seorang bekas pemimpin badan peguam yang baru-baru ini bertindak menghasut rakyat agar mengadakan tunjuk perasaan ‘ala Mesir’ untuk menuntut ketelusan pilihanraya. Apakah tindakan sebegini ini sesuatu yang bertanggungjawab?

Saya mengambil keputusan untuk membuat pendedahan ini kerana badan peguam kita seolah-olah telah menjadi lubuk percambahan kegiatan anti-kerajaan yang turut melibatkan unsur-unsur perkauman.

Peguam-peguam dalam Negara kita, terutamanya yang muda dan ‘idealistic’, harus sedar dan bangun menentang tindakan memperkudakan badan peguam demi kepentingan politik mana-mana pihak.

Sesuatu badan yang mewakili peguam harus benar-benar bebas dan menjaga kepentingan serta kebajikan para peguam, selain memperjuangkan isu-isu demi kepentingan umum.

Sekali lagi, janganlah institusi penting seperti badan peguam dilacurkan demi fahaman politik yang berlainan.

Saya percaya dan pasti para peguam kita akan bersetuju bahawa “An independent Bar is a hallmark of a free and democratic society”.

Terima Kasih.

Zahrain Mohd Hashim

Ahli Parlimen Bayan Baru

5 comments:

Anonymous said...

Salam YB,

Bar Council bebas? Hahahaha. Jangan bergurau! BC tu dah saling tak tumpah DAP versi 2.

=BARi COUNCIL=

eddy said...

A'skm YB, Saya amat berterimakasih kepada YB yang berani menulis mengenai Bar Council yang langsung tidak neutral, malah berpihak kepada kepentingan tertentu dan parti pembangkang tertentu.

Saya ibaratkan Bar Council's Council ini sebagai satu "legal arm" kepada Parti DAP dan PKR.

Lihat sahaja pembisuan mereka terhadap perjalanan kes liwat Anwar Ibrahim yang memakan masa terlalu lama itu. Perhatikan juga kepada soalan-soalan Peguam Bar didalam RCI Teoh Beng Hock, banyak menghentam SPRM daripada soalan pokok bagaimana mendiang mati. Tengok juga reaksi macam buat tak tahu mereka dalam pembunuhan Sosilawati dan 2 rakan mendiang.

Harap YB dapat membawa perkara berat sebelah ini untuk dibentangkan didalam Parlimen. Masa nya sudah sampai untuk mendedahkan kelakuan Bar yang langsung tidak neutral dan selective bila memberi komen umum. Terima Kasih.

Anonymous said...

jangan selalu harapkan kerajaan untuk bertindak, rakyat harus bangkit menentang anasir-anasir pembangkang dalam majlis peguam.
jangan selalu nak disuap. jangan jadi bodoh diperkudakan ahli politik yang menyamar sebagai peguam.
tidak salah jika peguam ingin berpolitik tapi jangan lacurkan bidang guaman dengan tipu daya dan putar belit demi kepentingan politik.
kita harus bangkit menhalang pelacuran profesion guaman ini.

buluhruncing

Anonymous said...

bila negara huru hara meka cabut keluar negara.. byk jenayah ada banyak ruang utk buat duit..tak begitu....lama da tau meka tak bebas pun...berat sebelah..tak adil mana pun..ada duit boleh cerita tak duit..ambil biro bantuan guaman..98% pesalah dalam penjara tu tak ada pembela.kenapa..sebab NO RM...yang kaya masih bebas kesana kesini sebab ada pembela yang mahal mahal....dunia ni memang tak adil pun...

Anonymous said...

So...what's wrong with a bunch of lawyers who got together and create a club to uphold truth & justice, defend the weak from being taken advantage by politically connected crooks?
Most of all, what's wrong with pursuing a noble objective of ensuring that all our country leaders are truly representing the wishes of the rakyat through a fair and "bersih" election process?