KENYATAAN MEDIA
(Kemelut berhubung Projek Pembangunan Tapak Bekas Penjara Pudu - Bukit Bintang City Centre).
Pengerusi UDA Holdings Bhd Datuk Nur Jazlan Mohamed perlu menyahut cabaran Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Dato Musa Sheik Fadzir dan mendedahkan segera nama 11 syarikat yang dikatakan berminat tapi gagal dipilih untuk pembangunan Bukit Bintang City Centre.
Jazlan tidak boleh hanya memberi jaminan peribadi kepada Datuk Mokhtar Samad, Yang DiPertua Persatuan Kontraktor Bumiputera bahawa kontraktor bumiputra tidak dipinggirkan.
Tindakan memberi jaminan satu sama satu ini menunjukan Jazlan seolah-olah dalam keadaan terdesak.
Saya fikir rakyat tidak-lah sebodoh itu untuk menerima jawapan Jazlan bulat-bulat tanpa usul periksa.
Saya kira banyak lagi syarikat tempatan yang mampu melaksanakan projek pembangunan di Bukit Bintang itu sebab ianya bukanlah seperti pembangunan KLCC yang memerlukan teknologi yang canggih.
BBCC adalah projek hartanah yang tidak memerlukan kepakaran khusus atau "roket sains".
Persoalan sekarang apakah terdapat kepentingan individu atau kepentingan pihak-pihak tertentu dalam projek ini.
Kita mahu perjelasan ini dari Jazlan sendiri.
Saya tidak berniat menuduh sesiapa tapi hanya ingin melindungi matlamat asal penubuhan UDA.
Jesteru itu saya meminta pihak SPRM dan Ketua Audit Negara untuk menyiasat sama ada proses pemilihan untuk pembangunan BBCC ini dibuat tanpa kepentingan peribadi dan mengikut 'corporate governance'.
Pengesahan ini penting memandangan keputusan yang telah dibuat agak luarbiasa sehingga ianya dipersoalkan oleh pelbagai pihak.
Sekian Terima Kasih
Zahrain Mohd Hashim
Ahli Parlimen Bayan Baru
4 comments:
UDA=KUDA dibawah pimpinan Nur Jazlan!
nur jazlan korup!pengkhianat bangsa!
nur jazlan insaflah!jangan khianati amanah bangsa!jangan jadi pengkhianat yang sanggup menabur pasir ke dalam periuk nasi orang melayu!
adakah nur jazlan dan lembaga pengarah UDA sudah dibeli oleh pelobi syarikat dari China tersebut?adakah Nur Jazlan juga tealh ditawarkan China Doll seperti Anwar Berahi?
SPRM perlu mulakan siasatan!jelas sekali berlaku penyelewengan dalam pemberiaan kontrak untuk BBCC!
Post a Comment