Sunday, May 8, 2011

DAP & Nasib Keluarga Teoh Beng Hock



Perjalanan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja berhubung kematian pembantu politik kepada pemimpin politik DAP, Teoh Beng Hock, semakin menarik perhatian umum.

Fakta daripada kenyataan saksi-saksi utama memberi gambaran jelas bahawa kematian Teoh Beng Hock berhubung kait dengan peranan atau tugas beliau sebagai pembantu politik kepada YB Ean Yong Hian Wah dari DAP Selangor.

Siasatan SPRM yang membawa TBH ke ibupejabat SPRM Selangor adalah berkaitan kes rasuah/salahguna kuasa ahli politik DAP dan bukan-nya atas sifat peribadi beliau.

Disebabkan fakta tersebut, adalah wajar keluarga mendiang Teoh Beng Hock menuntut pampasan dari YB Ean Yong dan DAP kerana merekalah TBH terjerumus kedalam kancah skandal rasuah DAP di negeri Selangor.

Kenyataan-kenyataan dalam perjalanan siasatan suruhanjaya menggambarkan seolah-olah Teoh Beng Hock sanggup mati sebelum dihina (death before dishonour) demi untuk melindungi ahli politik DAP dan DAP itu sendiri dari dakwaan rasuah.

Fakta-fakta berhubung penyalahgunaan wang kerajaan untuk menganjur kegiatan politik telah timbul sebelum ini.

Kita tahu pihak DAP pasti akan menafikan walaupun ada bukti nota bunuh diri TBH kepada individu di dalam DAP.

Umum mengesyaki bahawa TBH adalah mangsa keadaan yang menjadi korban demi melindungi majikan-nya.

Saya mengesyorkan di-sini agar DAP berhenti bermain politik dengan kematian Teoh Beng Hock dan bersifat lebih bertanggungjawab terhadap kematian TBH dan seterusnya kebajikan keluarga beliau.

DAP harus berhenti mengaburi pandangan orang ramai berhubung kematian TBH dan kaitan kematian beliau dengan DAP serta pemimpin-nya kerana rakyat kini lebih cerdik.

Sebagai langkah permulaan saya cadangkan agar DAP bersifat lebih bertanggungjawab dan memberi pampasan kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock yang nampaknya telah terkorban demi untuk melindungi penyelewengan dan kegiatan rasuah pemimpin DAP.

Terima Kasih


Zahrain Mohamad Hashim

Ahli Parlimen Bayan Baru

5 comments:

detguaq said...

YB,

Apakah DAP mahu mengakuinya walaupun hasil siasatan dan penghakiman di amhkamah nanti membuat keputusan seperti ang di nyatakan oleh YB?

Mereka akan pergi ke tahap yang lain seperti sebelum ini dengan terus mempolitikan kematian TBH demi survival politik DAP.

em zeck said...

Saya nak tanya dan saya nak tahu, SIAPA CINA NI? Saya dah meluat dengar berita si mati ni. yang mati, matilah...buat apa nak panjang2kan kesnya. Tanya ajelah exco tempat dia bekerja, kenapa cina ni mati?

Unknown said...

Saya setujus sangat dengsn pandangan Dato Seri. Dari awal lagi kes ini saya dah agak begitu. Baca sini..blog saya. http://suara1umno.blogspot.com

Dot said...

YB,

begitu besar sekali 'jasa' tbh kpd dap hingga dap bermati-matian mempertahankan kematiannya yg tragis. jika tbh masih lagi ada, agaknya berapa ramai ahli dap yg akan menghampirinya?

Anonymous said...

mana ustaz2 PAS ni..takkan buat tak reti atau macam tak kenai je TBH..
Dulu..sakan angguk2 bawa colok lagi!!

Ada peluang nak titik UMNO, titik je..sampai kewarasan dalam agama pun disampingkan.

Ulamak akhir zaman!! mau wang dan kuasa!