Tuesday, April 5, 2011

RAKYAT BERHAK MENGETAHUI KEBENARAN !


Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.

Saya amat terkejut dengan pendirian yang diambil pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berhubung skandal video seks ( yang didakwa mengandungi adegan seks diantara Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang pelacur asing).

Tindakan pemimpin Pakatan Rakyat menentang penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan Di-Raja untuk menyiasat skandal video sex terbabit amat mengejutkan semua pihak kerana pemimpin PR seolah-olah takut dengan kebenaran.

Kenapa pemimpin Pakatan Rakyat, terutamanya Pengerusi DAP Karpal Singh, begitu keras menolak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja untuk mencungkil kebenaran disebalik skandal video seks terbaru ini?

Kenapa awal-awal lagi Karpal Singh dan kuncu-kuncunya menolak cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja walaupun umum ingin mengetahui kebenaran disebalik skandal video seks berkenaan?

Karpal Singh juga dilaporkan membuat kenyataan bahawa beliau pasti pelakon lelaki dalam video seks tersebut bukan-nya Anwar Ibrahim walaupun beliau mengaku hanya menonton sedutan kurang dari DUA MINIT di Youtube.

Apakah Karpal Singh sanggup meletakkan semua jawatan dan berundur dari persada politik tanahair jika siasatan membuktikan sebaliknya? Saya mencabar beliau dalam hal ini.

Pada pendapat saya Karpal Singh adalah orang terakhir yang patut membuat kenyataan sedemikian kerana kewibawaan beliau sebagai seorang peguam dan ahli politik boleh dipersoalkan.

Kewibawaan Karpal Singh dipersoalkan pelbagai pihak kerana setelah terlibat dalam pembongkaran kes salah laku seks Anwar Ibrahim pada tahun 1997, peguam tersohor itu bertukar rentak menjadi peguambela Anwar Ibrahim.

Bukan-kah tindakan Karpal Singh ini boleh di-anggap sebagai hipokrit yang tidak boleh dipercayai?

Apakah tidak mungkin Karpal sedang mengulangi putar belit-nya berhubung skandal video seks terbaru ini?

Saya berpendapat pihak Pakatan Rakyat, terutamanya DAP, akan cuba sedaya upaya untuk menggagalkan usaha mencari kebenaran berhubung skandal video seks ini semata-mata demi kepentingan politik mereka.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menasihati Presiden PKR dan isteri kepada Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, supaya bertaubat dan tidak terikut-ikut dengan permainan politik yang melampaui batas kini.

Jika jam tangan jenama OMEGA milik Anwar Ibrahim benar-benar berada dalam simpanan beliau (Wan Azizah) maka beliau harus membuktikan perkara itu dan bukan ‘naik angin’ dengan wartawan yang menjalankan tugas.

Kenapa ianya menjadi suatu masaalah yang besar untuk mempamirkan jam tangan jenama OMEGA milik suami-nya kepada pihak media ?

Apakah benar jam tangan OMEGA itu berada dalam simpanan Wan Azizah atau ianya kini sebenarnya berada dalam simpanan pihak Polis Di-Raja Malaysia?

Pemimpin Pakatan Rakyat harus akur bahawa undang-undang di-Negara kita ini amat adil dan tidak mengenal darjat, pangkat, bangsa atau rupa.

Kerana ingin ‘menegak-kan benang yang basah” janganlah salahkan seluruh dunia.

Janganlah menuduh pihak yang menjalankan siasatan atau pihak yang membongkarkan skandal video seks ini kerana yang lebih penting ialah kebenaran.

Apakah benar pelakon lelaki dalam video seks itu adalah Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim ?

Saya menyokong penuh penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja untuk mencungkil kebenaran disebalik skandal video seks itu.

Rakyat berhak mengetahui kebenaran.

Terima Kasih.

Zahrain Mohd Hashim

Ahli Parlimen Bayan Baru.

6 comments:

pacat said...

Sesungguhnya kemungkaran itu telah nyata dan mereka pakatan rakyat tidak mampu untuk menjawapnya dihadapan rakyat nanti...

Anonymous said...

THANK U yb...BETUL KATA yb..SEKIRANYA MEREKA MENGATAKAN INI BUKAN MANUSIA ANUGERAH TUHAN YANG DITABALKAN OLEH ISTERINYA DALAM VCD TERSEBUT, KENAPA MEREKA RASA TAKUTTT???? X FAHAM LA. KITA NAK BERI KEADILAN KEPADA MANA-MANA RAKYAT MALAYSIA. TAKKAN ITU PUN SALAH. JADI TUBUH SAHAJA SURUHANJAYA DIRAJA ITU. DONT WORRY MR SINGHHH....U LANTIK SAHAJA SIAPA YANG U MINAT DALAM SURUHANJAYA DIRAJA ITU. THATS ALLL...BANYAK SANGAT POOOSINGGG. KALAU DAH TAHU ISTERI KITA MIN KAYU TIGA, ISLAM MENUNTUT SUPAYA DICERAIKAN. INI HANYA DILAKUKAN OLEH MANUSIA YANG MENJIWAI ISLAM. NI MANUSIA DOK BUAT BENDA HARAM PULAK DISANJUNG TINGGI????WAA PENING DFAAAAA.

Fencesitter said...

One word ..... TAKUT or KECUT

Anonymous said...

setuju dengan apa yang diperkatakan disini.. rakyat perlu tahu perkara yang sebenarnya..

hh said...

assalamualaikum yb .

riffzam said...

setuju dgn YB. :)