Tuesday, October 26, 2010

SEJARAH




"Those who do not learn from history are doomed to repeat it" - GEORGE SANTAYANA

Ungakapan di-atas, jika di-terjemahkan secara mudah, bermaksud - Mereka yang gagal mengambil iktibar dari Sejarah akan disumpah untuk mengulangi Sejarah.



Saya sengaja menimbulkan ungkapan tersebut di-atas kerana ianya amat bertepatan dengan apa yang sedang kita lalui di-Malaysia pada masa ini, terutamanya dari segi sosial dan politik.


Mungkin ramai yang menganggap Sejarah sebagai sesuatu yang hanya layak di-simpan dalam muzium atau Arkib Negara.


Peringatan, teladan dan maklumat-maklumat penting yang terkandung dalam lipatan sejarah tanahair ini semacam turut terkubur di-dalam bilik-bilik besi, jauh dari minda rakyat.


Generasi muda kita kini amat cetek pengetahuan sejarah sehingga ada yang tidak tahu signifikasi Tugu Peringatan Negara, sejarah ancaman Komunis, sejarah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia dan lain-lain perkara penting dalam lipatan sejarah kita.


Ramai juga yang tidak tahu menahu tentang kejadian rusuhan kaum pada 13 Mei, 1969. Satu titik hitam dalam sejarah negara kita yang harus kita cegah dari berulang di bumi bertuah ini.


Tetapi, bagaimana kita hendak mencegah kejadian buruk ini daripada berulang jika generasi sekarang tidak tahu menahu tentang punca atau perkara-perkara yang menyumbang kepada peristiwa berdarah 13 Mei ini?


Oleh sebab inilah saya menyokong penuh cadangan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadikan Sejarah sebagai subjek wajib lulus di-peringkat sekolah menengah.


Sejak kebelakangan ini ada anasir tidak bertanggungjawab yang kembali mengungkit isu-isu sensitif perkauman dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.


Saya gunakan perkataan 'KEMBALI' kerana jika kita belajar Sejarah dan mengimbas kembali tindak-tanduk mereka yang mencetuskan rusuhan perkauman pada 13 Mei, 1969, ianya adalah sama dan serupa dengan tindakan segelintir anasir pada masa ini.


Mungkin insiden hitam 13 Mei itu berlaku lebih 41 tahun yang lalu, namun mereka yang terlibat secara langsung dalam mencetuskan api perkauman pada masa itu masih bergiat aktif dalam sistem politik dan sosial kita pada hari ini.


Anasir-anasir ini sudah meningkat tua, namun sifat perkauman mereka masih tebal dan agenda buruk era lewat tahun 60-an itu masih di-teruskan sehingga kini.


Mewujudkan kembali pengajian Sejarah adalah amat bertepatan dengan situasi masakini, namun Kementerian Pelajaran harus memberi penekanan kepada perkara-perkara khusus dalam lipatan Sejarah.


Peristiwa berdarah rusushan kaum Mei 13, 1969 harus di-jelaskan kepada generasi muda dan identiti dalang serta anasir "Komunis" yang menyalakan api perkauman dan mencetuskan rusuhan itu mesti di-dedahkan.


Desakan dan penghinaan berunsur perkauman yang kita dengar pada hari ini adalah serupa dengan apa yang terkandung dalam laporan penyiasatan tragedi Mei 13 oleh Majlis Gerakan Negara.


Jika kita alpa dan gagal belajar dari sejarah ini, saya khuatir sejarah akan berulang.




Zahrain Mohamed Hashim.



3 comments:

ariff said...

saya amat bersetuju dengan pendapat YB...sebab saya pegang prinsip ni...sejarah yang akan meniti kita ke masa hadapan..kalau kita ulang balik sejarah lalu...maka rosak lah masa depan kita...sejarah juga bagi saya merupakan titik pengajaran dan pengalaman untuk seseorang tidak mengulanginya semula...

riffzam.blogspot.com

CUCU TOK WAN said...

Sampai bila kita hanya akan 'BERPEGANG' dan bukannya bertindak atas nama SEJARAH? Sedangkan pada masa yang sama, pihak satu lagi, begitu bersungguh-sungguh menterbalikkan fakta-fakta sejarah berkenaan seperti mana mereka cuba menterbalikkan kewujudan Melayu di Tanah Melayu yang dikatakan hanya ada pada 700 tahun silam, itu pun melalui imigrasi besar-besaran dari kepulauan sekitarnya tanpa menyebut tentang Kepulauan Melayu...

Anonymous said...

Salam Datuk YB.. Saya juga amat bersetuju dengan cadangan untuk memasukkan peristiwa Trajedi 13 Mei 1969 ke dalam matapelajaran sejarah. Dewasa ini, ramai remaja tidak tahu apa yang terjadi pada tarikh tersebut bagaikan "Living in the Dark". Bagi saya, perkara yang perlu ditimbulkan ialah bukan perkara apa yang berlaku tapi lebih penting KENAPA peristiwa berdarah itu berlaku.. Ia juga boleh dikatakan sebagai peringatan kepada para pemimpin sama ada dari pihak penyokong kerajaan atau pembangkang agar berhati-hati membuat keputusan agar sebarang kejadian yang tidak diingini dapat dielak.

Sesuatu yang saya musykil, kalau tak salah saya samasa perjanjian antara pihak berkuasa dan pihak komunis dibuat, identiti semua gerila komunis telah disembunyikan.. Persoalannya sungguhpun identiti mereka disembunyikan, adakah gerak geri mereka senantiasa diawasi oleh pihak berkuasa?:?