KENYATAAN MEDIA
Perkembangan dan tindakan terkini dalam peperangan kita menentang gejala RASUAH dalam Negara adalah amat positif.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus dipuji kerana menjalankan tugas dan memikul amanah rakyat Malaysia dengan begitu gigih walaupun berdepan pelbagai cabaran.
Cabaran-cabaran yang dihadapi SPRM bukan sahaja berbentuk kritikan yang melampaui batas tetapi seringkali tugas-tugas penyiasatan di-politikan oleh pihak tertentu demi agenda sempit masing-masing.
Walaupun jumlah kakitangan SPRM adalah amat tidak mencukupi berbanding agensi-agensi anti-rasuah di-negara-negara lain SPRM telah membuktikan komitmen yang amat tinggi.
Pada pendapat saya, komitmen yang di-tunjukkan oleh SPRM menerusi tindakan dan penyiasatan berdasarkan peruntukan undang-undang Negara harus di-sokong sepenuhnya oleh semua pihak.
Jika kita benar-benar bencikan rasuah dan ingin bebas dari budaya keji ini maka rakyat secara keseluruhan harus berdiri teguh dibelakang SPRM.
Sejak berubah menjadi sebuah suruhanjaya yang bebas yang mana Ketua Pesuruhjaya-nya dilantik oleh DYMM Yang Di-Pertuan Agong, SPRM telah membuktikan kewibawaan mereka.
Umum tahu yang peperangan menentang rasuah kini lebih tegas dan keras, di-mana “ikan-ikan besar” telah diheret kemuka pengadilan.
Walaupun SPRM jelas menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka namun persepsi rakyat berkenaan isu rasuah dan tindakan keatas pemberi dan penerima rasuah masih tidak memberangsangkan.
Saya ingin menegaskan disini bahawa SPRM tidak mungkin dapat meneruskan amanat menentang gejala rasuah dinegara ini jika segala hasil kerja mereka sering menemui jalan mati atau ‘dead end’ di Pejabat Peguam Negara ataupun di-Mahkamah.
Pihak SPRM bukan sahaja memerlukan sokongan dan kerjasama dari orang perseorangan dan rakyat jelata tetapi lebih dari itu pihak Peguam Negara dan Badan Kehakiman harus turut bersama kita untuk memerangi gejala jijik ini dari terus menular.
Rakyat amat tidak berpuashati jika siasatan SPRM di-bakul sampahkan oleh Peguam Negara tanpa penjelasan yang munasabah.
Kes-kes yang berdasarkan Akuan Bersumpah (Sworn Statement) tidak harus di-tolak bulat-bulat tetapi harus dibawa kemuka pengadilan dan di-bicarakan (contested) di mahkamah.
Bukan niat saya untuk mengkritik hakim-hakim yang arif tetapi Badan Kehakiman kita harus mengambil maklum bahawa rasuah adalah lebih merbahaya dari gejala dadah, oleh itu kerjasama dan keberanian hakim dalam mengadali kes-kes rasuah adalah amat penting.
Baru-baru ini terdapat kes dimana Ketua Pengarah sebuah agensi keselamatan Negara di-lepaskan oleh mahkamah walaupun wang suapan ditemui dalam saku baju beliau.
Bagaimana rakyat akan bersama kita untuk memerangi rasuah jika perkara sedemikian berlaku dalam proses penghakiman?
Kita tahu Kerajaan amat serius dalam memerangi rasuah tetapi jangan ada dalang didalam yang menggagalkan usaha ini.
Rasuah bukan sahaja jijik dan haram tetapi ianya adalah musuh utama Negara dan mampu menggugat keselematan Negara tercinta ini dari pelbagai sudut.
Jika penjaga pintu masuk Negara membenarkan anasir-anasir luar keluar dan masuk kenegara kita sewenang-wenangnya kerana telah “di-suap” pelbagai ancaman keselamatan akan timbul.
Jika rasuah membolehkan pasir di-lombong secara haram dan dengan mudah di-seludup ke-negara jiran (untuk mereka memperluaskan wilayah mereka), ini adalah ancaman kepada keselamatan Negara kita.
Saya terpanggil untuk membuat kenyataan panjang lebar ini kerana ada yang berpendapat tindakan SPRM keatas bekas Menteri Besar Selangor hanyalah gimmik politik semata-mata.
Saya yakin sepenuhnya dengan kredibiliti dan tahap profesional SPRM, namun saya berpendapat agensi-agensi yang berkenaan dan Pejabat Peguam Negara secara khusus harus memainkan peranan masing-masing tanpa ada apa-apa unsur atau agenda yang lain.
Janganlah nanti timbul keadaan di-mana rakyat hilang kepercayaan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana angkara pihak lain.
Terima Kasih.
Zahrain Mohd Hashim
Bayan Baru
8 comments:
kalau mahu dikata sprm alat bn,kenapa khir toyo didakwa di mahkamah??????
terima kasih Dato Zahrain kerana menghargai kerja kami diSPRM. kami bukan berpihak kepada mana-mana belah tetapi seringkali siasatan kami dipolitikan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. dalam pengamatan saya selama lebih 15 tahun dalam BPR dan sekarang ini SPRM, memang benar ahli politik kita tidak terkecuali dari gejala rasuah tetapi jangan terkejut jika saya dedahkan bahawa yg selalu memekik rasuah itu kadang-kadang lebih jijik dari yang lain. siasatan ke-atas TBH adalah suatu bukti nyata. kita jangan mudah terpengaruh dgn dakyah politik. sprm tidak mengenal politik .
ICAC -
hahah...sebab SPRM dah dapat green light dari 'atas langit AYAH JIB' ler khir toyo didakwa...khir toyo dikambinghitamkan je...nak tunjuk gov telus...bersepah lagi kes rasuah besar2 yang dibakulsampahkan pasai tak dapat arahan dai 'atas langit' ..tu pon tak leh nak fikir ker...citttt
AntiRasuah
Datuk, I wholeheartedly support and agree with your observations. While SPRM goes through hell in its investigations and is further put through hell if the culprit is an opposition politician, the AG and our courts seem to be not interested.
Its time the Judiciary gets its priorities right and join the people in fighting this scourge. We are not demanding for a 100% conviction rate but lets get real.
Unlike ordinary crime, often there is no victim in corruption thus the extraordinary burden to prove the act.
Keeping this in mind, the judges should play their role more effectively and not be 'blind" just because of technical issues.
I pray someone high up reads this blogpost and acts accordingly.
adios
Betul ke org ICAC yg komen tu, macam org umngok je, boleh ke org ICAC beri komen dlm blog sedangkan kes sedang berjalan. Ish ish ish. Kalau ye betul awok org ICAC, mane boleh komen berpihak begitu. ish ish ish. Patutlah kes rasuah makin menjadi2, yg kena balik2 org pembangkang. Sudahlah bro. Taik kucinglah.
Kenapa SPRM tak siasat Anwar Ibrahim, Azmin Ali (ada Ferrari beb), Wan Azizah?
Katanya Shamsidar Taharin yang control kesemua harta Anwar yang diperolehi secara haram/rasuah/salahguna kuasa ketika didalam kerajaan dahulu> tak dapat SPRM siasat sekarang keh?
Apa punca pendapatan mereka sekarang? Mungkin ada yang melacur, yang lain tu macamanan? SPRM tak dapat siasat keh?
Betul ker Anwar sedang memperkosa negeri Selangor sekarang ni menerusi jawatan punasihat ekonomi? SPRM boleh siasat keh?
Tolong siasatalah SPRM, sebelum kami hilang pertimbangan dan mula menyula peliwat haram tu.
buluhruncing
RONNIE LIU is ready to sing. Cari dia
teresaCOCK.
Untuk menjadi negara maju, malaysia perlu bebas dari rasuah, bermula dari ikan2 bilis dan jerung2 skali..
Saya harap ETP Berjaya dengan hapusnya rasuah..
Post a Comment