Kadang-kadang kebenaran itu amat pahit. Pahit kebenaran selalunya di-rasai mereka yang
Di dalam Bahasa Inggeris ada ungkapan – Truth hurts!
Truth atau kebenaran berserta bukti nyata juga dapat menangkis kepalsuan dan fitnah.
Sehubungan itu, demi mencari kebenaran dalam isu kebiadapan Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) terhadap Negara kita, saya menyambut baik tindakan CEO portal berita Malaysian Insider Encik Jahabar Sadiq membuat laporan Polis terhadap saya semalam.
News portal’s CEO lets lawyers handle issue on Bendera ‘links’
Saya berterimakasih kepada En.Jahabar Sadiq kerana dengan laporan rasmi beliau pihak berkuasa, terutamanya pihak Polis dan Kementerian Dalam Negeri, boleh menyiasat perkara ini ke-akar umbi.
Siasatan ini sudah pasti-nya mampu membogelkan anasir-anasir di kalangan pemimpin parti politik tertentu dari negara kita yang sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai matlamat politik mereka.
Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa pernah diberitahu tentang ‘hubungan’ yang agak selesa di-antara pengarang serta CEO portal berita propembangkang dengan pemimpin-pemimpin Bendera.
Jahabar tidak boleh menafikan hubungan beliau dengan tiga pemimpin kanan Bendera iaitu Mustar Bona, Ventura Adian Napitulupu dan Serdi Semaun kerana ini adalah BENAR.
Bos Media Malaysia Hubungi Bendera sebagai Jurnalis
Laporan portal berita Indonesia di-atas adalah BUKTI NYATA wujud-nya hubungan atau ‘link’ di-antara Jahabar Sadiq dengan pihak-pihak yang di-upah untuk mengadakan demonstrasi anti-Malaysia di Indonesia.
Hubungan Bendera dengan Jahabar Sadiq ini di-akui sendiri oleh salah seorang pemimpin mereka. Apakah pemimpin Bendera akan di-tuduh berbohong sekarang?
Saya sekali lagi menyarankan agar pihak Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar Negara menjalankan siasatan terperinci, berkerjasama dengan Polisi Indonesia jika perlu, untuk membogelkan dalang kempen anti-Malaysia di Indonesia kini.
Perbuatan kurang ajar puak Bendera bukan-lah sentiment umum rakyat
Saya percaya demonstrasi jijik yang membakar Jalur Gemilang dan membaling najis ke dlam Kedutaan Malaysia di Jakarta adalah sebahagian daripada percaturan politik kotor pihak-pihak di Malaysia dan
Di-Indonesia kita tahu ada percubaan untuk mengaibkan President Susilo Bambang Yudhoyono oleh ‘mereka yang gagal menjadi presiden”, manakala di Negara kita juga terdapat anasir sedemikian rupa.
Siasatan hubungan di-atara individu dan ahli politik
Jika pengkhianat jadi pemimpin, Negara akan hancur binasa. Ini BENAR!
Terima Kasih.
Datuk Seri Zahrain Hashim
04 Sept 2010
1 comment:
tahniah dato seri kerana berani meluahkan kebenaran..mana pemimpin2 PR yang sangap lagi bacul...apakah komen2 PR bila negara kita yang tercinta dihina dan dicerca dari rakyat negara jiran ?? mana laungan lawan tetap lawan yang disebut sebut oleh dsai ?? tetapi bila dihina dan dicerca negara jiran terhadap negara kita yang tercinta, laungan itu terus ditukar ke kawan tetap kawan..adakah ini permainan dsai ?? biar rakyat menderita , janji dsai ke putrajaya...biar rakyat merana, janji dsai berkuasa....itulah manifesto PR sekarang..harap2 dato seri dapat menyedarkan pemimpin2 PR ( Penipu Rakyat ) ini kembali ke pangkal jalan....sudah2 la tu nak tipu rakyat jelata...
Post a Comment