Selamat menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan Yang Ke-53 kepada seluruh rakyat Malaysia, tanahair tercinta.
Sempena hari bersejarah yang penuh bermakna ini marilah kita rakyat Malaysia sama-sama menghayati erti kebebasan dan mempertahankan kedaulatan negara kita.
Asas kepada kemerdekaan dan seterusnya kemajuan kita selama 53 tahun ini adalah perpaduan dan kerjasama yang jitu di-antara rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, budaya dan agama.
Marilah kita sama-sama berusaha untuk mengeratkan lagi perpaduan sesama kita demi masa depan negara bangsa yang terus merdeka dan bebas.
Janganlah kita menjadi lemah dan membiarkan negara ini di-pecah belahkan oleh anasir-anasir yang kini muncul dengan pelbagai topeng.
SELAMAT MERDEKA !
1 comment:
perjuangkan juga kemerdekakan sistem pendidikan negara ini dari ciri-ciri anti-nasional
Post a Comment