Tuesday, August 31, 2010

NASIB MELAYU Di Pulau Pinang




Beratus-ratus nelayan dari Kg.Permatang Tepi Laut di Bayan Baru di-jangka menjadi mangsa terbaru kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Setakat ini lebih dari 100 keluarga (52 rumah) telah menerima notis untuk berpindah dari tapak kampung yang telah mereka diami sejak hampir 70 tahun yang lepas.

Pendedahan di-atas adalah bukti nyata bahawa nasib penduduk Kg Buah Pala, dimana anak jati diusir atas nama pembangunan sebaik sahaja Pakatan Rakyat memegang tampuk pentadbiran negeri Pulau Pinang, bakal menimpa perkampungan traditional Melayu di Pulau Pinang.

Selain dari kawasan Bayan Baru, kampung-kampung Melayu traditional di Pokok Asam, Tanjung Tokong dan kawasan Barat Daya juga bakal di-hapuskan jika tiada tindakan awal dari pihak berkenaan.

Pada masa ini (seperti yang didedahkan oleh wakil nelayan Kg.Permatang Tepi Laut di-rakaman video diatas) kampung traditional nelayan di kawasan parlimen yang saya wakili (Bayan Baru) telah pun dikenalpasti untuk pembangunan.

Walaupun tanah kampung nelayan ini di-miliki oleh syarikat swasta, adalah tidak wajar untuk pemilik berkenaan mengambil tindakan mengusir penduduk ( yang telah bertapak di-kampung berkenaan selama tiga generasi) tanpa apa-apa perancangan masa depan untuk mereka.

Pihak kerajaan negeri tidak harus mengambil sikap lepas tangan kerana bidang kuasa tanah dan pembangunan adalah di-bawah kuasa mutlak kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Walaupun tanah di-kampung Permatang Tepi Laut adalah milik swasta namun kerajaan negeri-lah yang meluluskan cadangan pembangunan baru di-kawasan tersebut.

Sebagai ahli Parlimen yang mewakili rakyat di kawasan Bayan Baru dan Pulau Pinang secara umum, saya mendesak kerajaan Pulau Pinang supaya memberi jaminan bahawa kampung traditional Melayu akan di-lindungi dan tidak di-hapuskan atas nama pembangunan.

Kerajaan negeri harus mencari jalan dan mengujudkan dasar baru untuk melindungi hak orang Melayu yang kian hari kian di-hakis.

Kenyataan saya ini mungkin di-lihat sebagai berbaur politik tetapi ini adalah suatu masalah nyata yang menghantui penduduk kampung-kampung traditional Melayu di-Pulau Pinang.

Tindakan segera harus di-ambil jika benar kerajaan mengutamakan kebajikan rakyat.


Nota: Sebahagian besar penduduk Kampung Permatang Tepi Laut telah di-beri notis untuk berpindah sebelum 30 Oktober 2010 dan hampir kesemua mereka masih tidak mempunyai pilihan untuk penempatan baru.

Masalah ini di-utarakan semasa lawatan kerja saya ke kawasan Permatang Tepi Laut baru-baru ini.


Dato' Seri Zahrain Mohd Hashim
Ahli Parlimen Bayan Baru
Konsensus Bebas

1 comment:

ISAC said...

Salam Dato',

Nak buat macam mana dia orang dulu sokong Dato'..... Macam cerita Pak Kaduk pulak, "ayamnya menang, kampung tergadai".

Jangan marah Dato'...Kehidupan perlu diteruskan...

Mohon linkkan blog kawan;

http://bumiyang.blogspot.com/