Friday, February 11, 2011

Peguam atau Politik Hipokrit ?


Keputusan Kerajaan untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Di-Raja -dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong - berhubung kes kematian Teoh Beng Hock baru-baru ini disambut baik semua pihak.

Secara umumnya semua pihak ingin suatu penyiasatan yang terperinci berhubung perkara-perkara yang menjurus kepada kematian setiausaha politik ADUN DAP Seri Kembangan itu.

Teoh Beng Hock juga adalah bekas pembantu politik kepada beberapa orang lagi ahli politik DAP, yang pada ketika kematian misteri-nya, sedang dalam siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Kita harus ingat bahawa Teoh Beng Hock adalah saksi utama dalam penyiasatan kes penyelewengan melibatkan beberapa ahli politik DAP dan kematiannya telah nyata membantutkan kerja SPRM.

Semua pihak menyokong penuh penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja tetapi yang pelik-nya, pihak yang mengkritik hebat SPRM dan Kerajaan seolah-olah tidak senang dengan penubuhan Suruhanjaya di-Raja ini.

Golongan yang konon-nya memperjuangkan keadilan untuk mendiang Teoh Beng Hock dan berarak dijalanraya menuntut keadilan kini nampaknya cuba melengahkan perjalanan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja ini.

Saya amat terkejut dengan kenyataan peguam anak-beranak Karpal Singh dan Gobind Singh yang mewakili keluarga mendiang Teoh Beng Hock. Sekarang mereka pula mahukan proses siasatan Suruhanjaya Di-Raja ini di-tangguh.

Tindakan kedua-dua ahli politik DAP ini bukan sahaja pelik malah amat mengelirukan kerana DAP lah yang sebelum ini mempolitik-kan isu ini dan menjajanya keseluruh pelusuk Negara.

Kematian Teoh Beng Hock juga dijadikan modal kempen politik dalam setiap pilhanraya kecil untuk mengelirukan rakyat, terutamanya mereka ynag berketurunan Cina.

Hampir kesemua puak pembangkang yang dikepalai DAP melemparkan pelbagai tuduhan dan tidak berpuashati dengan Inkues Keatas Kematian Teoh Beng Hock.

Mereka mendesak penubuhan Suruhanjaya Di-Raja tetapi apabila kerajaan menubuhkan Suruhanjaya mereka kini ingin menangguhkan perjalanan siasatan Suruhanjaya ini.

Dalam kenyataan mereka mendesak penangguhan perjalanan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja ini, Karpal and anak beliau berkata “penangguhan itu perlu kerana kami mempunyai kes-kes penting yang lain seperti kes Liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim”.

Kenyataan kedua anak-beranak ini jelas menunjukkan bahawa kes kematian Teoh Beng Hock ini tidak lebih dari alat politik mereka dan mereka sebenarnya tidak berminat untuk mencari kebenaran atau keadilan untuk si-mati.

Nampaknya kedua-dua peguam anak-beranak yang juga ahli politik DAP hanya berminat untuk mengeksploitasi kematian Teoh Beng Hock untuk kepentingan politik mereka dan DAP.

Tindakan terkini kedua peguam ini jelas menunjukan permainan politik kotor DAP yang nampaknya tidak ingin kes kematian Teoh Beng Hock ini diselesaikan.

Saya berpendapat tiada sebab kenapa Suruhanjaya Siasatan Di-Raja berhubung kematian Teoh Beng Hock ini harus ditangguhkan. Malah, ianya harus diberi tumpuan khusus dan diteruskan secepat mungkin demi keadilan dan kebenaran.

Suruhanjaya Siasatan Di-Raja tidak harus tunduk kepada desakan dan mainan politik peguam-peguam yang mempunyai kepentingan peribadi dan politik masing-masing.

Karpal Singh dan anaknya harus membuat keputusan sendiri menentukan peranan mereka dan bukan-nya mendesak Suruhanjaya Siasatan Di-Raja mengikut telunjuk mereka.

Persoalan-nya ialah - Apakah mereka ini ahli politik yang sanggup melakukan apa sahaja demi kelangsungan politik DAP ataupun sememangnya mereka berdua adalah peguam yang berhemah?

Karpal dan anaknya serta peguam-peguam lain harus membuat pilihan antara kerjaya mereka sebagai peguam dengan kepentingan peribadi mereka sebagai ahli politik pembangkang.

Rakyat tidak harus di-kelirukan dan profesion guaman tidak harus di-lacurkan dengan tingkahlaku segelintir peguam yang hipokrit.


Zahrain Mohd Hashim

Ahli Parlimen Bayan Baru

5 comments:

zahari1950 said...

Mungkin konspirasi pembangkang kononnya PSRM terlibat membunuh TBH hampir terbongkar. Nampaknya kematian TBH lebih menguntungkan DAP/PKR dan menyebabkan SPRM hilang seorang saksi penting.

Polis/SPRM tidak patut hentikan siasatan. Atas alasan apa nak hentikan?. Dulu DAP/PKR beria-ia minta tubuhkan Suruhanjaya DiRaja untuk siasat kematian TBH kerana menyangka konspirasi mereka berjaya.

Bila polis nak siasat perkara sebenarnya DAP mohon tangguhkan pula. Apa hal?????????????????????

Unknown said...

mereka berdua ini ahli politik bukan peguam

Anonymous said...

sya dah letih dan muak tengok keluarga beng hock dok usung gambaq dia pi mai pi mai...kalau dah jenis ni buat apa pon tak puas hati...percayalah. BUANG MASA dan BUANG DUIT melayan jenis ni

Anonymous said...

zahrain ni boneka umno. gila kuasa, gila projek. tak tahu malu minta 'datuk seri' dalam senyap2.
apa rasionalnya nak bunuh saksi sedangkan kes tu nilai dia tak sampai rm3000?
suruhanjaya yg ditubuhkan tu pulak nampak sangat suruhanjaya takde kredibiliti..
pakai otak sikit le zahrain..
memang silap besar anwar lantik ko jadi pengerusi perhubungan PKR PP dulu...
otak ko otak nobita...

Anonymous said...

Kami menyokong kerajaan tubuhkan suruhanjaya utk kes teoh beng hock. Isu ini telah lama dipolitikkan. Selepas kematian TBH PAS kawasan Shah Alam banyak gantung banner "Keadilan Untuk Teoh Beng Hock" dengan logo PAS. PAS lebih bersimpati kepada DAP. Jelas sekali selepas suruhanjaya ditubuhkan banyak rahsia yang terbongkar mengenai salah laku pemimpin DAP.Kami kagum dengan pembongkaran YB tentang 16 September berjaya menyedarkan kami betapa liciknya ketua pembangkang yang bercita besar untuk jadi PM Malaysia.
Pengundi atas pagar Shah Alam.