Wednesday, August 11, 2010

SALAM RAMADHAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT.

Sekali lagi Ramadhan Al-Mubarak telah menjelang tiba dan saya mengambil kesempatan ini untuk mengajak umat Islam di tanahair tercinta ini untuk sama-sama menghayati bulan yang mulia ini.

Marilah kita, saudara sesama Islam, mengambil peluang keemasan dalam bulan yang mulia ini untuk muhasabah diri dan merangka sesuatu yang berfaedah untuk agama, bangsa dan Negara kita Malaysia.

Dalam bulan Ramadhan inilah kita harus mempertingkatkan rasa kesyukuran dan terimakasih kita kepada Allah yang Maha Berkuasa.

Rasa kesyukuran ini juga harus di-panjangkan kepada pemimpin Negara Islam Malaysia yang telah sekian lama memastikan kesinambungan bangsa dan agama menerusi pemerinthan yang bebas dari segala bentuk ancaman.

Kita harus berterimakasih kerana bumi bertuah Malaysia ini bebas dari segala bentuk bencana, samada yang semulajadi atau yang di-cetuskan oleh manusia seperti keganasan dan peperangan.

Malapetaka yang telah sekian lama melanda bumi Palestin dan negara-negara lain (khusus-nya Negara Islam) harus kita jadikan ikhtibar dan bersyukur dengan keamanan yang telah sekian lama kita nikmati.

Rakyat Malaysia, khususnya umat Islam di Negara Malaysia bertuah ini harus sedar bahawa keamanan yang kita nikmati hari ini tidak di-kecapi secara kebetulan atau semulajadi tetapi adalah hasil keringat pemimpin terdahulu.

Sebab utama Malaysia melonjak sebagai salah satu daripada Negara Islam yang paling berjaya dan menjadi ‘role model’ kepada saudara Islam di-negara-negara lain ialah kerana umat Islam di-negara tercinta ini telah hidup bersatu-padu sejak sekian lama.

Walau bagaimana pun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini bibit bibit perpecahan telah mula timbul di-kalangan umat Islam di Malaysia kita ini.

Perpecahan atau keretakan di-kalangan kita umat Islam di Malaysia adalah berlainan daripada perpecahan di Negara Islam lain seperti Iraq atau Iran.

Jika di-negara Islam Timur Tengah perpecahan adalah berikutan mazhab yang berbeza, tapi umat Islam di-Malaysia telah mula bertelagah kerana perbezaan parti politik.

Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, adalah menjadi tanggungjawab setiap orang Islam di-tanah bertuah ini untuk mencari jalan untuk menyatukan kembali umat yang kian hari semakin hanyut kearah yang bertentangan.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk melaksanakan tanggungjawab saya kepada agama Islam dan umat Melayu dengan menyeru agar kita melupakan segala sengketa politik dan kembali bersatu demi Negara yang kita cintai.

Masa depan kita, umat Islam di Malaysia, akan hanya terjamin menerusi perpaduan yang lebih kukuh dan utuh dan bukan-nya menerusi mainan politik sempit dengan agenda puak lain yang tamak-kan kuasa.

Marilah kita sama-sama meninggalkan segala kebencian, buruk sangka dan hasad dengki sesama Islam dan melangkah mencorakkan masa depan yang lebih terjamin untuk generasi akan datang.

Sebagai Wakil Rakyat yang menanggung beban tanggungjawab terhadap rakyat, saya ingin sekali lagi mengambil kesempatan di bulan yang mulia ini agar kita sama-sama bermuhasabah diri dan memilih jalan yang benar.

Selamat dan kekalkan-lah Negara Islam Malaysia ini dari segala bentuk ancaman dari luar dan dalam, termasuk ancaman dari umat Islam sendiri.

Kembalilah ke-pangkal jalan dan bersatulah demi agama, bangsa dan Negara tercinta ini.

Selamat menunaikan ibadah puasa di Ramadhan Al-Mubarak.


Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim

Ahli Parlimen Bayan Baru

(Konsensus Bebas Malaysia)

3 comments:

Anonymous said...

cadangan yang bagus. marilah kita orang islam kembali bersatu. tkaseh datok ahli palimen bebas. ajak wakil palimen yang lain jugak

Anonymous said...

Dato Seri YB, mohon jasa baik YB untuk mengutarakan pengkhianatan yang di-lakukan pentadbiran Dap di Pulau Pinang pada masa ini.
Bukan saja hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera dipersoal oleh kaum pendatang Cina yang berkuasa malah kedudukan bahasa rasmi kita Bahasa Malaysia juga sedang digugat.
Di Pulau Pinang ada sebuah anak Syarikat milik kerajaan negeri yang mana setelah dikorporatkan telah menukar penggunaan dari Bahasa Kebangsaan kepada bahasa inggeris dalam semua urusan rasmi seperti Mesyuarat Lembaga Pengarah, Mesyuarat Agung Tahunan, Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan, surat-menyurat dan yang menyedihkan di sini di mana Pusat Khidmat Pelanggan yang sepatutnya dtulis dalam Bahasa Kebangsaan juga telah ditukar kepada Customer Service Centre. Ini amat memalukan kita semua. Ini menunjukkan kerajaan Negeri Pulau Pinang langsung tidak peka dan tidak menghormani Bahasa Kebangsaan.
Tindakan ini adalah atas arahan ketua menteri Cina Dap yang kurang ajar. Kami harap YB dapat menarik perhatian kerajaan pusat berhubung perkara ini sebelum keadaan menjadi lebih rumit, dimana orang Melayu dan Bumiputera terpaksa mengambil tindakan sendiri.

din pulau

Anonymous said...

By Qayum Rahman

KUALA LUMPUR: From housing to jobs, education to citizenry, bigotry in Malaysia is a simmering cauldron.

Since MCA’s boldly brazen demand last weekend for an end to the 30% bumiputera equity, it’s not only the politicians and NGOs who are openly slamming each other over a broad range of unfair policies but the man-on-the-street is also spewing his disgust.

In Kuala Lumpur, a recently married engineer, who declined to be named, said he had trouble renting a double-storey property in a housing estate in Old Klang Road because he was Indian.

“It’s not the first time I have faced this problem. A Chinese landlord is not likely to rent you a room or house. It took me three months to find a landlord who would rent a house to us and even then we had to reassure him many times... I had to show him my payslips!” he said.

In Penang, Nabriza Ghazali, a private sector employee, said racism was rife in the commercial sector which is controlled by the Chinese community.

She said the situation was so bad that it was difficult for Malays and Indians to secure high-paying jobs in certain sectors although they had the right qualification.

“Many Malays and Indians who have been in employment for years and who are qualified for higher posts don’t move up. This is mostly because the Chinese who are less qualified and with lesser experience are given priority.

“I have had the experience of going for a job interview and the first question they asked me was if I knew Chinese. The employer said their company was looking for someone who was fluent in Chinese to liaise with other employees,” she said.

Another employee, Edmand Steven Grumach, echoed Nabriza’s views.

He said many private sector workers in Penang had problems “even getting an interview” because many of the large companies including the manufacturing sector required employees to speak Chinese.

“This condition is not applicable to low-paying jobs… it clearly shows the racist attitudes by employers. As a private sector employee, I hope that companies in Penang will not be bias and provide all with equal job opportunities,” he said.

Now an open truth

According to Penang Malay Association deputy chairman Azmi Merican, racism in the job sector was now an open truth.

“It has become so extreme that it is denying Malays and Indians of opportunities in the private sector. Race has always been a priority with the Chinese and the majority of Malays and Indians have been deprived of employment opportunities for irrational reasons.

“Among the reasons made mandatory in the Penang private sector is that applicants must be fluent in the Chinese language and most of the positions are limited to the Chinese community.

“Many of the positions advertised in the papers carry this condition. It is a subtle oppression of the Malays and Indians in Penang,” he said.

Azmi said even if there were Malays and Indians who met the criteria, the salary scale offered to them as compared to the Chinese, was different.

“Now it's the new Chinese community which controls the private sector in Penang. But what was once a subtle practice of racism was now open and obvious. The Chinese are always touching on bumiputera equity but the Malays don’t complain about their (Chinese) racist practices in the commercial sector,” he told FMT.

Azmi said although it was understood that the Chinese community practiced double standards it had never been raised as an issue but now they (the Chinese) were openly voicing their dissatisfaction with the Malays and the policies enshrined in the constitution.

"If the Malay and Indian communities don’t voice up to the way the Chinese treat them than they will continue to be sidelined,” he said.

yang ini dari web YB.

din pulau