Sunday, December 23, 2012
Kebenaran akan atasi kebencian
SERINGKALI saya dilontarkan dengan pertanyaan 'Datuk Seri akan bertanding ker dalam pilihan raya yang akan datang?" Persoalan ini bukan sahaja menjadi kegemaran rakan-rakan media. Keluarga dan sahabat handai juga ikut sama.
Mungkin itu antara persoalan yang bermain di fikiran mereka sejak saya meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 12 Februari 2010 dan bertindak menjadi Ahli Parlimen Bebas bagi kawasan Bayan Baru di Pulau Pinang.
Pada ketika itu ramai juga yang membuat pertuduhan liar dan tohmahan bermacam rupa, mungkin kerana saya ketika juga itu adalah Ketua PKR Pulau Pinang. Saya meninggalkan PKR atas prinsip, apabila keraguan saya mengatasi keyakinan terhadap hala-tuju dan kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat itu sendiri.
Kini, setelah hampir tiga tahun saya pasti keputusan saya itu tidak sia-sia kerana ramai lagi pimpinan serta anggota Pakatan yang telah meninggalkan mereka.
Mungkin saya akan mendalami isu itu dalam masa-masa yang akan datang kerana isu pokok yang mencabar kedudukan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam pada hari ini ialah kesatuan orang Melayu dan bumiputera.
Kedudukan orang Melayu dalam politik tanah air amat membimbangkan saya kerana orang Melayu, Bumiputera dan Islam berpecah sehingga menjadi golongan kecil yang mungkin hilang pengaruh sama-sekali.
Persoalannya disini bukan kepentingan individu atau apakah saya akan bertanding sebagai wakil rakyat. Persoalannya ialah Apakah orang Melayu sedar akan kedudukan perpecahan yang amat getir ini?
Apakah mungkin DAP, satu perkumpulan yang ditunjangi born-again Christians dan puak cauvinis menjadi wadah perjuangan orang Melayu dan bumiputera? Mana mungkin Pas yang nyata sesat dari landasan Islam menjadi pemimpin sebuah negara Islam yang dikagumi dunia?
Jangan kita lalai dan alpa ketika ada yang memperalatkan agama untuk memecah-belahkan masyarakat demi kepentingan politik peribadi. Kita orang Melayu/ bumiputera harus bersatu.
KENAPA UMNO?
Sebagai orang Melayu yang berpegang kepada keramat agama, bangsa dan negara, kita tiada pilihan tetapi bersatu di bawah naungan UMNO. Saya cukup berpengalaman mengharungi politik tertinggi pihak pembangkang dan cukup setakat saya katakan di sini bahawa orang Melayu sebenarnya tidak ada pilihan selain UMNO.
Saya masih belum diterima menjadi ahli UMNO secara rasmi tetapi saya telah menulis surat kepada Presiden UMNO (Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak) menyatakan keinginan saya untuk menjadi ahli UMNO.
Bukan kerana dijemput menyertai UMNO tetapi kerana kepimpinan UMNO dan secara langsung kepimpinan kerajaan kini jauh lebih matang dan membawa kesan langsung kepada rakyat.
Pihak pembangkang sendiri mengakui kebijaksanaan pimpinan serta hands on approach Datuk Seri Najib Tun Razak sejak mengambilalih tampuk pemerintahan.
Tapi kerana mereka itu pembangkang yang bukan sahaja membangkang tetapi berhasrat menumbangkan kerajaan sedia ada, pihak DAP, Pas dan PKR tidak berani mengakui keberkesanan pimpinan Najib secara terbuka. Malah, kritikan serta tohmahan diperhebat menyerang peribadi Perdana Menteri.
Mungkin saya juga akan ditohmah kembali dan diberi pelbagai label baru tetapi biarkanlah mereka dengan cara mereka. Mungkin jika kita adakan pertandingan antara parti-parti pembangkang diseluruh dunia, puak pembangkang dari Malaysia mungkin layak memenangi anugerah Pembohong Terbaik.
Sebagaimana kita bersyukur dan berterima kasih atas kebijaksanaan, kita juga harus berani menerima hakikat bahawa tidak ada parti politik atau kerajaan yang sempurna 100 peratus dalam dunia ini.
Ini tidak bermakna kita harus berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa untuk mengatasi kepincangan parti atau kerajaan kita. Begitu jugalah dengan UMNO dan Barisan Nasional. Nyata UMNO kini lebih dinamik, demokratik dan terbuka. Ini adalah fakta yang diakui kawan dan lawan.
Pemilihan pimpinan DAP baru-baru ini masih segar dalam pemikiran kita. Cara dan keputusan pemilihan serta lantikan pimpinan tertinggi parti cauvinis Cina itu memalukan anggota dan penyokong mereka sendiri.
Kuasa 'diktator' yang dimiliki keluarga tertentu dalam DAP begitu menyerlah sehingga mereka yang dipilih perwakilan pun dipinggirkan demi 'tokong' mereka.
Mana mungkin orang Melayu bernaung di bawah satu perkumpulan cauvinis Cina yang begitu tamak kuasa sehingga keluarga dan kaum didahulukan dalam setiap inci pergerakan mereka? DAP adalah parti rasis dan ini telah terbukti dengan sendirinya melalui pemilihan pimpinan tertinggi mereka.
Sebagai ahli politik Melayu dari Pulau Pinang yang telah terlibat dalam pelbagai pendekatan perniagaan, pentadbiran dan politik saya dapat rasakan yang orang Melayu secara umumnya telah mula sedar akan dilema Melayu pada hari ini.
Hati orang Melayu yang benar-benar menghayati keramat agama, bangsa dan negara telah terdetik. Kita tahu, tetapi politik kepartian dan kebencian yang disemai menjadi penghalang kepada penyatuan kita.
UMNO itu sendiri harus menghayati transformasi yang dipelopori Datuk Seri Najib Tun Razak dan pasukan beliau. Bayangkan jika setiap ahli Umno dan Barisan Nasional bergerak dengan tenaga dan ketangkasan Najib dalam mentadbir negara.
Ramai yang berkata 'Najib dengan Muhyiddin berkerja keras, yang lain masih tak berapa bermaya". Ini persepsi rakyat walaupun ramai lagi pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang bertungkus lumus dalam era transformasi politik dan pentadbiran yang dipantau Perdana Menteri.
Benih kebencian, yang disemai secara amat teratur dari peringkat kanak-kanak lagi, kini menghantui bangsa Melayu tetapi politik kebencian ini tidak mungkin mengatasi khidmat ikhlas demi agama, bangsa dan negara.
Jika orang UMNO sayangkan Melayu dan jika orang Melayu ingin memperkasakan UMNO, inilah masanya. Inilah masanya untuk kita bersatu demi masa depan negara bangsa kita.
Nasi tidak mungkin menjadi bubur jika kita bertekad dan bersatu mengharungi cabaran getir yang bakal menentukan hidup matinya bangsa Melayu dan agama Islam di bumi bertuah ini. Saya yakin kebenaran akan mengatasi kebencian dalam sanubari Melayu.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121223/re_12/Kebenaran-akan-atasi-kebencian#ixzz2FqlWxPuj
© Utusan Melayu (M) Bhd
Wednesday, December 12, 2012
Kenapa UMNO?
Demi bangsa dan agama
TANGGAL 12 Februari 2010 merupakan antara detik terpenting dalam hidup Ahli Parlimen Bayan Baru, DATUK SERI ZAHRAIN MOHAMED HASHIM apabila beliau meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi Ahli Parlimen Bebas.
TANGGAL 12 Februari 2010 merupakan antara detik terpenting dalam hidup Ahli Parlimen Bayan Baru, DATUK SERI ZAHRAIN MOHAMED HASHIM apabila beliau meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi Ahli Parlimen Bebas.
Meskipun hanya menganggotai konsensus Bebas
,Zahrain dan rakan-rakan Bebas yang lain tidak terkecuali membahaskan dengan
lantang isu-isu berkaitan rakyat.
Kini, Zahrain sekali lagi membuat satu keputusan
yang agak besar apabila memutuskan untuk menyertai UMNO selepas lebih dua tahun
bergerak sebagai Ahli Parlimen Bebas.
Bersama wartawan Mingguan Malaysia, SAIFULIZAM
MOHAMAD dan jurufoto, SHIDDIEQIIN ZON, beliau berkongsi perasaannya terutama
ketika mendengar ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada
Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.
MINGGUAN: Daripada kaca mata Datuk Seri
bagaimanakah peluang Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU-13) akan datang?
ZAHRAIN: Secara keseluruhannya pemulihan BN
sejak 2008 sehingga sekarang nampak hebat sekali. Kita pun dapat melihat corak
pendekatan pimpinan BN hari ini jelas dan tajuk yang digunakan iaitu janji
ditepati memang tepat sekali. Melalui kepimpinan Perdana Menteri (Najib) saya
juga melihat kepercayaan terhadap BN meningkat. Oleh sebab itu saya tidak mahu
menjadi penghalang kepada BN untuk menang. Atas sebab itu juga saya telah
membuat pendirian, saya tidak mahu menggugat kedudukan BN di mana-mana kawasan.
Daripada konteks sokongan, saya akui sokongan
rakyat terhadap BN semakin bertambah dan peluang BN untuk menang pada PRU-13
amat cerah tetapi dengan satu peringatan, jangan ada masalah dalam BN sendiri.
Saya cukup yakin jika tiada sebarang masalah BN bukan sahaja mampu menang malah
mampu mencapai kemenangan paling cemerlang pada pilihan raya kali ini.
Apakah faktor-faktor Datuk Seri menentang BN
terutama pada pilihan raya umum yang lalu (PRU-12)?
ZAHRAIN: Saya menentang BN dahulu sebab saya
melihat BN pada masa itu memang ada kelemahan-kelemahan yang terserlah dan
tiada sebarang usaha untuk membetulkan keadaan. Ini menyebabkan orang marah
kepada BN dan menyokong pakatan pembangkang walaupun BN menang besar pada
pilihan raya 2004. Kita perlu akui rakyat amat kecewa dengan kepimpinan pada
masa itu. Ini ditambah lagi dengan permainan pihak pembangkang yang memutar
belitkan fakta. Meskipun BN teruk diserang oleh pihak pembangkang tetapi tiada
sebarang usaha daripada pihak BN pada masa itu untuk perbetulkan keadaan. Namun
begitu keadaannya amat berbeza sekarang. UMNO dan BN ketika ini berbeza dengan
yang dahulu.
Berdasarkan pengamatan Datuk Seri sejauh mana
kekuatan pembangkang ketika ini?
ZAHRAIN: Kumpulan pembangkang ini kumpulan yang
tidak sesuai (untuk menjadi pemerintah). Nama pakatan rakyat itu bukannya
rakyat yang berpakat. Kita boleh lihat corak perjuangan Pas dan corak
perjuangan DAP yang jauh berbeza. Apa yang dilakukan oleh DAP dan apa yang
dilakukan oleh Pas, kita nampak hanya untuk menanamkan semangat kebencian yang
boleh menjadikan keadaan di negara kita meruncing. Apabila ada sifat benci
kepada sebangsa, seagama ia akan menjadi masalah. Itu puncanya. Apa yang
dilakukan oleh Pas khususnya lari daripada ajaran Islam. Allah SWT tidak pernah
mengajar kita untuk memurtadkan, memaki dan mendoakan kehancuran sesama bangsa
dan sesama agama.
Adakah isu-isu yang melanda pembangkang seperti
isu doa kehancuran UMNO oleh Pas dan isu kenyataan kontroversi Naib Presiden
Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menyebabkan rakyat khususnya
golongan atas pagar tidak lagi menyokong mereka. Komen Datuk Seri?
ZAHRAIN: Keputusan Pilihan Raya 2008 menunjukkan
rakyat negara kita boleh berfikir dan atas fikiran itu BN telah menerima satu
tamparan yang amat hebat. Realitinya, masyarakat yang sentiasa berfikir itu
masih wujud. Namun kita tidak boleh menafikan parti pembangkang seperti Pas
mempunyai penyokong tegar masing-masing. Kita tidak boleh tumpukan kepada
kumpulan ini kerana golongan tersebut tidak akan percaya dan tidak mahu terima
kebenaran. Mereka hidup dalam alam fantasi. Mereka mahu meletakkan pemimpin
yang banyak masalah menjadi Perdana Menteri. Walau bagaimanapun daripada segi
majoriti rakyat saya percaya mereka boleh berfikir mengenai pencapaian BN di
bawah kepimpinan BN.
Mereka sudah mula sedar dan celik. Sebagai
contoh diri saya sendiri. Dahulu mungkin saya tersilap langkah atas kepercayaan
dan semangat kebencian tetapi hari ini selepas saya lihat dan kaji pencapaian
BN serta pencapaian pembangkang saya nampak kita tidak ada pilihan. Jika
pakatan yang memerintah ia akan memudaratkan negara. Isu-isu yang dilaungkan
oleh pakatan sendiri boleh menjadi tanda soal antaranya isu demokrasi, isu hak
asasi, isu keadilan, isu kebebasan termasuk usaha mereka untuk mengetengahkan
fahaman liberalisme, pluralisme. Ini menjadi satu penganiayaan kepada orang
Islam dan orang Melayu khususnya.
Maksud Datuk Seri, adakah rakyat secara majoriti
tidak akan mengulangi peristiwa pada 2008?
ZAHRAIN: Saya yakin dan percaya majoriti rakyat
Malaysia keseluruhannya boleh menggunakan fikiran dan akal. Saya juga percaya rakyat
boleh melihat perkara yang benar dan yang mungkar.
Mengapa Datuk Seri meninggalkan PKR dan menjadi
Ahli Parlimen Bebas sejak Februari 2010 lalu?
ZAHRAIN: Tagline yang saya gunakan ialah
'keraguan telah mengatasi keyakinan'. Atas asas itu saya tinggalkan PKR. Selain
itu saya dapati asas perjuangan PKR hampa kerana apa yang dilaungkan oleh
penasihat mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menampakkan kesan kerana
terlalu banyak kompromi dilakukan. Seperkara lagi, apabila diletakkan kehendak
Anwar untuk menjadi Perdana Menteri melebihi kepentingan rakyat, itu juga telah
menunjukkan PKR telah lari daripada perjuangan asal.
Sebenarnya kita merancang supaya parti yang
mengambil alih kerajaan merupakan satu parti yang lebih baik daripada BN. Namun
kita dapati selepas menang PRU 2008 terserlah kelemahan-kelemahan di dalam PKR.
Pucuk pimpinan lebih mengutamakan DAP daripada suara pemimpin sendiri. Tidak
boleh dinafikan perjuangan pucuk pimpinan PKR sudah lari daripada perjanjian
asal iaitu meletakkan PKR sebagai parti pelbagai kaum yang didominasi oleh
orang Melayu, yang mengutamakan Islam, yang mendukung Perlembagaan. PKR gagal.
Sebab apa, sebab perjuangan pemimpin utama mereka yang mahu menjadi Perdana
Menteri. Dia lupa tanggungjawab asal.
Apakah kepuasan yang Datuk Seri peroleh dalam
menjalankan peranan sebagai Ahli Parlimen Bebas?
ZAHRAIN: Ketika meninggalkan wadah perjuangan
pakatan pembangkang kita tidak lihat pada masa itu BN dengan jelas. Kita masih
ragu-ragu corak perjuangan BN. Cuma kita membuat satu ketetapan dan pendirian
bahawa kita tidak boleh dengan pakatan pembangkang. Oleh sebab itu kita
berkecimpung sebagai ahli Bebas. Keraguan terhadap BN masih ada. Walau
bagaimanapun dalam proses dua tahun ini selepas Datuk Seri Najib Tun Razak
ambil alih kepimpinan BN kita nampak ada perubahan sedikit demi sedikit,
khususnya pada tahun lalu bagaimana terserlah perubahan yang besar di dalam BN.
Antara yang penting, pucuk kepimpinan BN mempunyai sifat tawaduk selain setiap
masalah telah diambil tindakan untuk diatasi. Namun bagi saya kemuncaknya
apabila saya mendengar ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO oleh Najib yang juga
Presiden parti.
Saya telah dijemput hadir pada majlis tersebut.
Ucapan yang saya dengar dan disampaikan oleh Najib itu cukup menggamit perasaan
saya dan telah membuka mata saya yang mana kita harus lihat UMNO itu merupakan
satu wadah perjuangan bagi mempertahankan hak orang Islam dan Melayu. Saya juga
percaya tumpuan ucapan dasar Presiden UMNO itu bukan hanya kepada orang UMNO
tetapi kepada seluruh warga Melayu di Malaysia dan mesejnya ialah kita tiada
pilihan. Orang Islam dan orang Melayu mesti bersama dan bersatu untuk
mengekalkan hak kita di negara sendiri. Saya juga terpikat dengan apa yang
dikatakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mana jika
berlakunya perpecahan Islam dan Melayu yang begitu ketara di negara kita, kita
akan menjadi bangsa yang terpinggir di negeri sendiri. Itulah kesannya. Jika
orang Melayu terus berpecah kita akan hancur dan akan berhadapan dengan masalah.
Adakah Datuk Seri bermaksud UMNO merupakan parti
paling sesuai untuk dijadikan sebagai wadah perjuangan mempertahankan Islam dan
Melayu?
ZAHRAIN: Kita amat memerlukan satu wadah
perjuangan sekali gus menjadi simbol kepada perjuangan Islam dan Melayu. Jika
kita mahu menggunakan parti politik Melayu kita ada tiga pilihan iaitu UMNO,
Pas dan PKR. PKR dilihat sudah tidak menjadi parti yang memperjuangkan hak
orang Melayu.
Pas pula, bagi saya jika mereka sanggup
mendoakan untuk menghancurkan saudara seislam, itu merupakan ajaran yang sesat.
Kita harus anggap Pas sudah menjadi parti sesat. Bagi saya kita sebagai orang
Islam diminta bermaaf-maafan. Kita tidak boleh membenci sampai ke peringkat
menurut hati tidak tentu hala. Ini tidak, mereka mendoakan kehancuran,
memurtadkan orang UMNO. Ini bagi saya sudah sesat, lari daripada ajaran Islam.
Saya berani kata, hendak cabar, cabarlah, hendak saman saya, samanlah. Selain
itu, orang yang rosakkan Anwar Ibrahimlah. Saya juga cukup hairan masih ada
orang Melayu kita yang ikut secara membuta tuli. Walaupun saya ini bukan pakar
agama tetapi sebagai seorang muslim saya tidak boleh terima cara mereka ini.
Saya hairan bagaimana ulama, pakar boleh terima.
Berbalik kepada ucapan dasar Presiden UMNO, di
bahagian mana ucapan tersebut benar-benar menyentuh hati Datuk Seri?
ZAHRAIN: Apabila Presiden UMNO kata, kita tidak
ada pilihan. Kita dilahirkan di sini, di sini juga kita mencari makan, di sini
juga tanah tumpah darah kita dan di sini juga kita akan disemadikan.
Sememangnya kita orang Melayu tiada pilihan. Apabila mendengar ucapan itu, saya
naik sebak sebab dengan nada yang digunakan oleh Najib ketika itu saya percaya
suara itu datang daripada lubuk hatinya, yang benar-benar menunjukkan
keikhlasan beliau. Saya cukup tersentuh dan saya merasakan semangat baru Melayu
meresap ke dalam tubuh saya. Memanglah, apa pilihan yang ada pada kita.
Bilakah Datuk Seri terfikir untuk menyertai
UMNO? Adakah selepas Presiden parti selesai memberi ucapan dasar?
ZAHRAIN: Saya datang ke perhimpunan agung dengan
hati yang terbuka. Saya hadir atas jemputan. Pada masa itu saya tiada apa-apa
niat. Walau apa pun saya akui saya telah melihat UMNO dan BN semakin pulih dari
semasa ke semasa. Namun tidak dinafikan selepas mendengar komitmen Presiden
UMNO yang saya sifatkan sebagai bukan sahaja ucapan untuk orang UMNO sahaja
tetapi untuk orang Melayu keseluruhannya saya mengaku ada satu macam punya
semangat masuk ke dalam diri saya.
Ini mungkin tanda sayang sayang kepada agama
saya kepada bangsa saya. Saya ucapkan tahniah kepada Presiden parti dan saya
nyatakan ucapan beliau satu ucapan yang hebat dan bukan untuk orang UMNO tetapi
kepada semua orang Melayu. Saya juga katakan kepadanya ucapan tersebut memberi
pengertian yang amat mendalam kepada perjuangan UMNO iaitu peranan orang UMNO
mempertahankan kedudukan agama dan bangsa daripada perjuangan melonjakkan diri
sendiri.
Apa harapan Datuk Seri terutama kepada setiap
ahli dan pemimpin UMNO terhadap keputusan ini?
ZAHRAIN: Saya berharap or ang UMNO dapat
menerima saya dengan hati yang terbuka dan janganlah menganggap saya sebagai
satu ancaman. Saya sedia bersama-sama dengan warga UMNO untuk memulihkan,
mengukuhkan dan meletakkan UMNO sebagai wadah perjuangan Islam dan Melayu . Itu
lebih penting. Kita juga harus sedar itu juga objektif pe rjuangan UMNO.
Bagaimana pula dengan kedudukan kerusi Bayan
Baru yang saya kira pasti akan menimbulkan pelbagai spekulasi?
ZAHRAIN: Saya katakan tadi paling penting kita
tidak mahu menggagalkan calon BN pada PRU-13 akan datang. Bermakna kita tidak
mahu pakatan pembangkang menang kerusi mana-mana pun. Atas pendirian itu isu
saya ini tidak akan menjadi keutamaan. Sama ada saya bertanding atau tidak
bertanding saya serahkan kepada pucuk pimpinan BN. Mungkin mereka lebih
mengetahui sesuatu itu lebih baik daripada saya. Saya percaya apa juga
keputusan mereka akan ambil berdasarkan pandangan secara keseluruhan dan itu
tidak menjadi masalah atau isu. Siapa pun bertanding saya juga telah mengambil
iktibar untuk berusaha dan bekerja keras bagi memastikan kemenangan sesiapa
sahaja calon BN.
Subscribe to:
Posts (Atom)