Anwar anggap Pas tidak penting
PULAU PINANG 30 Okt. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai merupakan salah seorang dalang dalam 'konspirasi syaitan' antara parti itu dan DAP.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, ketika menjadi Pengerusi PKR Pulau Pinang, Anwar pernah menasihatkan beliau dan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin supaya tidak memberi ruang kepada Pas.
Menurut Zahrain, Anwar menganggap Pas tidak mempunyai peranan penting di Pulau Pinang, justeru, para pemimpinnya tidak perlu diberikan jawatan tinggi dalam pentadbiran kerajaan negeri.
"Anwar pernah berpesan kepada saya dan Fairus supaya jangan layan sangat Pas kerana Pas bagi Anwar tidak penting di Pulau Pinang.
"Kata Anwar, di Pulau Pinang kita kena jaga DAP.
"Sebab itulah Pas tidak diberi jawatan penting dalam kerajaan negeri dan Pas hanya diperkudakan saja oleh PKR dan DAP," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat kelmarin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mendedahkan wujud perjanjian rahsia berhubung pegangan kuasa politik antara PKR dengan DAP yang tidak diketahui Pas.
Melalui perjanjian rahsia itu, DAP akan memiliki kuasa autonomi ke atas Pulau Pinang sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih Kerajaan Persekutuan.
Perjanjian itu turut membenarkan wakil DAP dilantik sebagai Menteri Besar di negeri-negeri dimenangi parti itu.
Zahrain menambah, selain Anwar, 'Keluarga Lim' yang terdiri daripada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dipercayai turut menjadi dalang perjanjian PKR-DAP berkenaan.
Jelasnya, beliau tidak hairan ketiga-tiga pemimpin tersebut merupakan orang yang mengatur perancangan itu kerana mereka mempunyai matlamat peribadi.
"Saya percaya ini bukan kerja parti, tapi individu tertentu.
"Ramai dalam PKR dan DAP sendiri pun tidak tahu. Isu ini melibatkan Anwar dan Keluarga Lim, memang mereka yang mengaturnya," ujarnya. - Mingguan Malaysia
Di-atas ialah kenyataan saya yang di-terbitkan Mingguan Malaysia pada hari ini.
Tujuan saya hanyalah untuk menyatakan situasi sebenar disebalik mainan politik kumpulan pembangkang dalam negara ini.
Mainan politik kotor yang di-dalangi segelintir manusia yang bergelar pemimpin ini harus diketahui ahli dan penyokong mereka, terutamanya yang warak dan setia di-dalam PAS dan PKR.
Walaupun saya pasti pada ketika ini ahli dan penyokong kedua-dua parti ini sudah mula tertanya-tanya akan pendirian pemimpin mereka, terutamanya berhubung tindak-tanduk parti chauvinist Cina DAP yang jelas anti Bumiputera, Melayu dan Islam.
Kepercayaan ahli dan penyokong PAS dan PKR mula merosot sejak kebelakangan ini kerana pemimpin mereka menghalakan segala yang haram demi kepentingan politik semata-mata.
Saya membuat pendedahan mainan politik kotor mereka, terutamanya yang berlaku di Pulau Pinang, kerana mahu penyokong dan ahli PAS serta PKR sedar akan perkara sebenar.
Pendedahan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, YB Zulkifli Noordin, tentang wujudnya pakatan syaitan bukanlah sesuatu yang tidak berasas.
Saya amat pasti pakatan syaitan ini wujud kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup lakukan APA SAHAJA untuk mencapai cita-cita beliau - untuk menjadi Perdana Menteri.
Jika Anwar Ibrahim sanggup BERBOHONG KEPADA SELURUH NEGARA BERKENAAN SEPTEMBER 16, tidak mustahil Anwar Ibrahim yang sama sanggup "menjual" Pulau Pinang kepada Lim Kit Siang dan keluarganya menerusi DAP.
Jangan ada di-kalangan kita rakyat Malaysia yang berpendapat ini hanyalah 'mainan politik Zahrain atau Zulkifli Noordin" menentang Anwar Ibrahim. Saya ingin menegaskan bahawa pendedahan ini adalah demi masa depan negara bangsa yang kita cintai.
Janganlah kita alpa dengan mainan politik kotor puak ekstremis yang di-dalangi seorang pemimpin yang telah lama tersungkur akibat tabiat buruk-nya sendiri.
Janganlah kita alpa yang hilang Pulau Pinang, seperti kita kehilangan Singapura pada suatu masa dahulu dan yang terkini Pulau Batu Putih.
PKR kini di-ambang kehancuran. Rebutan kuasa di-antara golongan Reformis dan puak Sosialis yang kian hangat akan hanya menjerumuskan parti keluarga itu ke liang lahad.
Reformis yang benar-benar berjuangan sejak penubuhan Parti Keadilan lebih 12 tahun yang lalu tidak mungkin menyerahkan segalanya kepada puak Sosialis yang di-taja DAP.
PKR akan hancur berkecai tidak lama lagi, tetapi yang amat penting bagi orang Melayu dan umat Islam ialah supaya ahli dan penyokong PAS sedar akan mainan politik kotor Anwar Ibrahim dan keluarga Lim Kit Siang.
Ada di-kalangan pemimpin tertinggi PAS yang mungkin sedar akan agenda jahat DAP ini namun mereka se-olah terpaku kerana peranan Anwar yang sungguh licik dan rapat dengan puak Erdogan dalam Pas.
Yang menggelarkan diri mereka Erdogan pun sebenarnya adalah tali-barut Anwar dalam Pas yang sebenarnya bergelar ANWARINAS.
Pemimpin PAS yang masih berpegang kepada ajaran Islam dan perjuangan sebenar parti mereka harus bangkit menyatakan pendirian mereka berhubung 'Pakatan Syaitan" ini.
Janganlah imej PAS di-warnai satu atau dua pemimpin yang meloncat dan menjerit seperti kera kena belacan di Parlimen dan menyambut segala yang di-lontarkan oleh Anwar dan DAP.
Ahli dan penyokong PAS yang masih bersama-sama Presiden Datuk Seri Haji Hadi Awang harus bangkit menentang golongan yang ber-Presiden-kan individu lain yang rakus ingin menjadi PERDANA MENTERI.
Jangan korbankan agama, bangsa dan negara ini demi nafsu politik semata-mata.
Jangan jadi badut dan jual negara ini demi kepentingan politik peribadi, dan keluarga masing-masing.
5 comments:
Salam Bahagia YB,
Saya harap banyak lagi yang dapat YB dedahkan tentang kemungkaran2 yang mana rakyat marhaein kebanyakan tidak dapat menghidu. Apatah lagi mentafsir langkah2 serta tindakan Halus oleh mereka yg menjadi Penghianat Agama Bangsa dan Tanah Ayer..!
Mungkin orang lain tidak tahu apa yg YB tahu..maka di harapkan YB dapat berkongsi apa yang patut demi "survival" Agama dan Bangsa kita ynag tenat meruncing sekarang ini.
Wasalam.
Syabas YB,
Menceritakan keburukan orang lain adalah dosa TETAPI mendiamkan kemungkaran adalah SUBAHAT! Dan kemungkaran haruslah ditentang!
Aku Yang Bingai
Cerai Sebab Takut Bini di Tendang Terajang
itulah kerja wakil rakyat. maklumkan kepada rakyat ttg perilaku jahat wakil2 rakyat yg lain. syabas yb.
tiada saman dari Anwar dan juga dari DAP..bermakna benarlah perkara ni.
Sangat memalukan bila saya lihat gambar Nik Aziz bersalamanan dengan LKY ini. Nampak seperti orang bodoh dengan tangan nya menunjukkan isyarat "good"....
Post a Comment