

Tuesday, August 31, 2010
SELAMAT MERDEKA 2010

NASIB MELAYU Di Pulau Pinang
Wednesday, August 11, 2010
SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua rakyat
Sekali lagi Ramadhan Al-Mubarak telah menjelang tiba dan saya mengambil kesempatan ini untuk mengajak umat Islam di tanahair tercinta ini untuk sama-sama menghayati bulan yang mulia ini.
Marilah kita, saudara sesama Islam, mengambil peluang keemasan dalam bulan yang mulia ini untuk muhasabah diri dan merangka sesuatu yang berfaedah untuk agama, bangsa dan Negara kita
Dalam bulan Ramadhan inilah kita harus mempertingkatkan rasa kesyukuran dan terimakasih kita kepada Allah yang Maha Berkuasa.
Rasa kesyukuran ini juga harus di-panjangkan kepada pemimpin Negara Islam
Kita harus berterimakasih kerana bumi bertuah
Malapetaka yang telah sekian lama melanda bumi Palestin dan negara-negara lain (khusus-nya Negara Islam) harus kita jadikan ikhtibar dan bersyukur dengan keamanan yang telah sekian lama kita nikmati.
Rakyat
Sebab utama Malaysia melonjak sebagai salah satu daripada Negara Islam yang paling berjaya dan menjadi ‘role model’ kepada saudara Islam di-negara-negara lain ialah kerana umat Islam di-negara tercinta ini telah hidup bersatu-padu sejak sekian lama.
Walau bagaimana pun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini bibit bibit perpecahan telah mula timbul di-kalangan umat Islam di Malaysia kita ini.
Perpecahan atau keretakan di-kalangan kita umat Islam di Malaysia adalah berlainan daripada perpecahan di Negara Islam lain seperti
Jika di-negara Islam Timur Tengah perpecahan adalah berikutan mazhab yang berbeza, tapi umat Islam di-Malaysia telah mula bertelagah kerana perbezaan parti politik.
Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, adalah menjadi tanggungjawab setiap orang Islam di-tanah bertuah ini untuk mencari jalan untuk menyatukan kembali umat yang kian hari semakin hanyut kearah yang bertentangan.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk melaksanakan tanggungjawab saya kepada agama Islam dan umat Melayu dengan menyeru agar kita melupakan segala sengketa politik dan kembali bersatu demi Negara yang kita cintai.
Masa depan kita, umat Islam di Malaysia, akan hanya terjamin menerusi perpaduan yang lebih kukuh dan utuh dan bukan-nya menerusi mainan politik sempit dengan agenda puak lain yang tamak-kan kuasa.
Marilah kita sama-sama meninggalkan segala kebencian, buruk sangka dan hasad dengki sesama Islam dan melangkah mencorakkan masa depan yang lebih terjamin untuk generasi akan datang.
Sebagai Wakil Rakyat yang menanggung beban tanggungjawab terhadap rakyat, saya ingin sekali lagi mengambil kesempatan di bulan yang mulia ini agar kita sama-sama bermuhasabah diri dan memilih jalan yang benar.
Selamat dan kekalkan-lah Negara Islam
Kembalilah ke-pangkal jalan dan bersatulah demi agama, bangsa dan Negara tercinta ini.
Selamat menunaikan ibadah puasa di Ramadhan Al-Mubarak.
Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim
Ahli Parlimen Bayan Baru
(Konsensus Bebas