Monday, November 19, 2012
Thursday, October 25, 2012
Zahrain tempelak Bung - UTUSAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR 24 Okt. - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menempelak tindakan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin yang mendakwa tokoh korporat Melayu, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary memonopoli semua jenis perniagaan di negara ini.

Zahrain memberitahu, sebagai seorang ahli UMNO yang berjuang untuk orang Melayu, Bung Mokhtar seharusnya bangga serta menyokong kejayaan yang telah dikecapi oleh anak Melayu seperti Syed Mokhtar dan bukan mengkritiknya.

Sambil melahirkan rasa kecewanya dengan tindakan itu, Zahrain berharap Bung Mokhtar akan segera menarik balik kenyataan yang telah dikeluarkan terhadap tokoh perniagaan negara berkenaan.
"Bercakap soal monopoli, sektor perniagaan dan perdagangan di negara kita dikuasai oleh golongan bukan Melayu. Kalau ada anak Melayu yang mampu bersaing dengan bukan Melayu dalam bidang ini, mengapa kita harus pertikaikan dan kritik, kita sepatutnya beri sokongan kepada beliau.
"Saya secara peribadi tidak berpendapat beliau (Syed Mokhtar) memonopoli pelbagai jenis perniagaan di negara ini kerana beliau hanya menyertai projek-projek atau perniagaan tertentu yang akhirnya terbukti dapat dijayakannya.
"Ada peniaga-peniaga Melayu yang diberikan peluang dan tempat tetapi gagal, jadi kita harus bangga dengan Tan Sri Syed Mokhtar," katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Bung Mokhtar pada persidangan Dewan Rakyat semalam yang mengkritik Syed Mokhtar dengan menyifatkannya sebagai cuba memonopoli semua jenis perniagaan di negara ini sama ada di darat, laut mahupun udara.
Menurut Zahrain, beliau tidak mahu membuat sebarang spekulasi berhubung kenyataan Bung Mokhtar itu tetapi menyifatkannya tidak adil kepada ahli perniagaan Melayu yang berjaya.
"Saya pelik, bagaimana Bung Mokhtar yang sepatutnya mempertahankan ahli perniagaan Melayu seperti Syed Mokhtar, sebaliknya mengkritik beliau," jelasnya.
Tambah Zahrain, isu membabitkan Syed Mokhtar ini seolah-olah memberi gambaran bahawa orang Melayu sentiasa tidak senang dengan kejayaan orang Melayu yang lain.
"Perasaan cemburu, dengki dalam hati yang timbul apabila melihat kejayaan orang lain perlu dikikis. Kita sewajarnya menyokong dan berkongsi rahsia kejayaan masing-masing untuk manfaat orang Melayu yang lain," ujarnya. - Utusan Malaysia
Thursday, October 11, 2012
Perbahasan Belanjawan 2013 - Ahli Parlimen Bayan Baru
PERBAHASAN BELANJAWAN 2013 - 10 Oktober 2013
Ahli Parlimen Bayan Baru
Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim
Dewan Rakyat - Parlimen Malaysia
Assalammualaikum
Warahmatullahiwabarakatuh.
Tuan Yang Di-Pertua,
Terlebih dahulu
saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih serta
tahniah kepada YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato' Seri Najib
Tun Razak di-atas pembentangan Belanjawan -Janji DiTepati.
Terima kasih
saya dahulukan kerana rasa syukur segenap lapisan masyarakat dengan
peruntukan-peruntukan yang termaktub didalam Belanjawan Janji DiTepati dapat
dirasai disetiap pelusuk bumi bertuah ini.
Umpama pelita
yang menerangi kegelapan malam, keprihatinan kerajaan terhadap keperluan rakyat
menerusi Belanjawan kali ini telah nyata menerangi hati sanubari serta
kehidupan kita semua.
Tuan Yang
DiPertua,
Manusia dipegang
pada janjinya, begitu juga dengan kerajaan yang memerintah serta pemimpin yang
menunjangi kerajaan itu.
Peruntukan serta
perancangan yang dibentangkan menerusi Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 yakni
Belanjawan 2013 sememangnya menepati ciri-ciri ‘sebuah janji yang ditepati’
demi kemakmuran serta kesejahteraan rakyat.
Belanjawan Janji
DiTepati ini menengahkan suara hati serta keperluan rakyat jelata, ketika enau
dalam belukar sibuk hendak lepaskan pucuk masing-masing.
Tuan Yang
DiPertua,
Hanya yang
dangkal akan menolak rancangan yang baik untuk masyarakat kita.
Belanjawan kali
ini memperuntukan sejumlah wang yang besar bagi program dan projek pembangunan,
dengan fokus terhadap kesejahteraan rakyat.
Tiga puluh
billion ringgit disediakan bagi menampung keperluan infrastruktur,
perindustrian, pertanian dan pembangunan luar bandar.
Sejumlah 11.1
billion ringgit dikhususkan untuk pendidikan, latihan, kesihatan, kebajikan,
perumahan serta pembangunan masyarakat.
Manakala 4.6 billion ringgit lagi diperuntukkan bagi pembangunan sektor
keselamatan.
Peruntukan yang
saya sebut ini adalah diantara fokus utama Belanjawan Janji DiTepati dan ianya
jelas menzahirkan aspirasi kerajaan yang peka terhadap denyut nadi rakyat.
Tuan Yang
DiPertua,
Ketika kerajaan
sibuk mencorak masa depan negara bangsa menerusi pelbagai perancangan jangka
panjang dan pendek, saya tahu ada pihak yang tidak tidur malam sibuk merancang
untuk menggagalkan usaha kerajaan ini.
Golongan duri
dalam daging ini sanggup melakukan apa sahaja demi kelangsungan politik sempit
mereka, termasuk memburuk-burukkan negara dimata dunia.
Terdapat pelbagai
usaha golongan keji ini untuk menghalang pelaburan asing ke-negara ini,
antaranya ialah melakukan kegiatan yang bertentangan dengan prinsip kewangan
antarabangsa secara terbuka.
Tindakan seorang
ahli politik pembangkang membocorkan butiran akaun bank syarikat dan individu
bukan saja menyalahi undang-undang Banking and Financial Institutions Act
(BAFIA) 1989 tetapi telah mengejutkan pelabur asing.
Pelabur asing
yang kini runsing dengan tahap penguatkuasaan undang-undang perbankan kita dan
ini secara langsung akan menjejaskan status kita sebagai destinasi pelaburan
yang digemari individu dan syarikat asing.
Saya mendesak
agar pihak penguatkuasa undang-undang, khususnya Bank Negara Malaysia, lebih
peka kepada tindakan golongan yang mensabotaj ekonomi kita.
Janganlah pihak
Bank Negara leka dan tidak memantau, dan hanya bertindak apabila didesak –
umpama pepatah pahat dengan penukul.
Tuan Yang
DiPertua,
Pihak yang
bertanggungjawab memantau atau bertindak juga nampak-nya terlalu pasif dalam
isu pengaliran masuk dana asing secara haram kedalam negara kita.
Pembongkaran
skandal dana asing yang diterima pertubuhan haram seperti Suaram dan sekutu
mereka Malaysiakini adalah amat membimbangkan.
Suaram adalah
badan bukan kerajaan yang tidak didaftar dan terbukti telah menerima puluhan
juta dollar Amerika dari penyangak matawang George Soros.
Baru sekarang
kita tahu SUARAM bukan-nya Suara Rakyat Malaysia tetapi hanyalah Suara Haram
yang di-biayai orang asing yang berkomplot bersama pihak pembangkang untuk mencari
kuasa politik ditanahair kita.
Kini terbukti
Malaysiakini bukan-lah portal berita yang bebas tetapi hanya sekadar ‘running
dog’ atau budak suruhan puak pembangkang yang bersekongkol dengan pihak
asing.
Tuan Yang
DiPertua,
Tindakan
anasir-anasir yang mendalangi kegiatan Suaram, Malaysiakini dan yang seangkatan
dengan mereka adalah pengkhianatan besar terhadap rakyat dan negara ini.
Terbukti
golongan pengkhianat ini sanggup menggadai kedaulatan negara, demi untuk
merampas kuasa politik.
Saya tahu ada diantara
pengkhianat-pengkhianat ini, terutamanya yang menunjangi Suara Haram Suaram,
telah berjaya menduduki Dewan yang Mulia ini.
Kita mungkin
berdepan malapetaka politik, ekonomi dan sosial yang dashyat jika pengkhianat
yang di-taja orang asing dibenar mencorak masa depan negara bangsa ini.
Tuan Yang
DiPertua,
Yang makan cili
sudah tentu akan terasa pedasnya. Saya ingin mendesak agar Dewan yang Mulia ini
mengkaji kemungkinan membentangkan satu undang-undang khusus untuk menangani
ancaman ini.
Undang-undang
sedemikian bukanlah sesuatu yang janggal.
Amerika Syarikat
meluluskan undang-undang sedemikian pada tahun 1938 - Foreign Agents
Registration Act (FARA) –yang diletak-kan dibawah pengawasan terus National
Security Department atau
Jabatan Keselamatan Negara.
Baru-baru ini
Russia juga telah meluluskan undang-undang khusus untuk mengawasi kegiatan agen
asing yang mencampuri urusan dalaman negara itu.
Russia juga
telah mengusir badan-badan bukan kerajaan yang cuba mencetuskan huru-hara dan
menaja rusuhan jalanan atas nama hak asasi manusia.
Tuan Yang
DiPertua,
Izinkan saya memberi ringkasan seperti yang termaktub dalam
undang-undang FARA di-Amerika Syarikat.
“The Foreign Agents Registration Act
(FARA) was enacted in 1938. FARA is a disclosure statute that requires persons
acting as agents of foreign principals in a political or quasi-political
capacity to make periodic public disclosure of their relationship with the
foreign principal, as well as activities, receipts and disbursements in support
of those activities. Disclosure of
the required information facilitates evaluation by the government and the
American people of the statements and activities of such persons in light of
their function as foreign agents. The FARA Registration Unit of the
Counterespionage Section (CES) in the National Security Division (NSD) is
responsible for the administration and enforcement of the Act.”
Tuan Yang
DiPertua,
Sudah tiba
masanya kita mewujudkan satu undang-undang khusus seperti Foreign Agents
Registration Act ini demi mempertahankan kedaulatan kita.
Pengkhianat yang
di-taja anasir asing makin berleluasa didalam negara kita sehingga Dewan ynag
Mulia ini pun telah mereka bolosi.
Tanpa segan silu
mereka mengaku menerima dana asing tetapi berdalih konon-nya dana itu
disalurkan untuk menyuburkan lagi demokrasi dan hak asasi manusia.
Kenapa
tersipu-sipu untuk mendedahkan akaun kewangan mereka jika alasan itu benar?
Mengapa harus
ber-operasi menerusi pertubuhan haram jika tujuan mereka hanya untuk menegakkan
demokrasi dan hak asasi?
Puak Bersih yang
mengadakan rusuhan jalanan, menyerang anggota Polis dan merosakan harta benda
awam juga menerima dana asing dari Soros. Apakah agenda mereka ini bersih?
Tuan Yang
DiPertua,
Terbaru,
pendakwaraya kanan Kerajaan Peranchis Yves Charpenel telah membongkar
pembohongan yang didalangi pihak pembangkang melalui suara haram Suaram.
Yves Charpenel
telah menegaskan bahawa tidak ada apa-apa bentuk perbicaraan di-negara nya
berhubung pembelian kapal selam Scorpene oleh Kerajaan Malaysia.
Kenyataan rasmi pegawai kerajaan
Peranchis ini jelas membuktikan pembohongan Suaram dan pemimpin politik
pembangkang selama ini.
Bukan sahaja
rakyat di-tipu malah golongan yang tidak mengenal malu ini juga telah mengutip
derma dari orang ramai untuk memantau perbicaraan tersebut.
Hanya mereka
sahaja yang tahu bagaimana untuk memantau perbicaraan yang tidak wujud sama sekali.
Tuan Yang DiPertua,
Selama ini
pelbagai tohmahan telah dilemparkan ke-atas Kementerian Pertahanan serta
Kerajaan Malaysia secara keseluruhan nya.
Ada juga antara ahli Dewan ini yang
tergamak menzahirkan pembohongan-nya menerusi gambar Perdana Menteri yang di
‘superimpose’.
Dengan
pembongkaran terbaru pendakwaraya kanan Peranchis ini terbukti rakyat Malaysia
telah ditipu dengan tujuan mengaibkan kerajaan serta menimbulkan kebencian
terhadap pemimpin.
Saya ingin
mendesak agar pihak Kerajaan Malaysia atau secara khususnya Kementerian
Pertahanan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya terhadap
anasir-anasir ini dengan kadar yang segera.
Saya percaya
Kerajaan mempunyai asas-asas yang kukuh untuk mengambil langkah drastik
mengemukakan saman malu keatas pengkhianat-pengkhianat ini.
Jangan tunggu
nasi menjadi bubur sebelum bertindak kerana ini adalah soal keselamatan
negara.
Tuan Yang DiPertua,
Belanjawan Janji
DiTepati mencatatkan pendapatan sektor pelancongan dijangka mencecah 62 billion
ringgit pada tahun ini.
Saya menyambut
baik langkah pro-aktif kerajaan dalam pemperuntukan sejumlah 358 juta ringgit
untuk menjayakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2013/2014.
Sektor
pelancongan mampu mengimbangi pendapatan negara dalam suasana ekonomi global
yang tidak menentu dan ini terbukti ketika mengharungi krisis ekonomi yang
lampau, khususnya pada tahun 1997/98.
Ketika kerajaan
merancang cara-cara untuk menarik lebih ramai pelancong asing ada diantara
pemimpin pembangkang yang bergiat aktif sebagai duta adu-domba yang memburukan
tanahair-nya sendiri diluar negara.
Dahulu cerita
dongeng-nya dijaja di-Indonesia dan Filipina dengan menagih persamaan dengan
gerakan reformasi yang kecundang.
Kini Turki pula
jadi sasaran dengan laungan liberalisma dan kebebasan tanpa had.
Apakah Turki
menjadi citarasa semasa kerana di-sana kegiatan seks sama jenis serta aktiviti
LGBT yang lain sah di-sisi undang-undang?
Tuan Yang
DiPertua,
Pemberian bonus
satu bulan setengah untuk kakitangan awam adalah satu langkah wajar Kerajaan
untuk menghargai jasa dan pengorbanan lebih satu juta anggota perkhidmatan
awam.
Pelan
transformasi kerajaan yang dipelopori YAB Perdana Menteri telah nyata
menampak-kan hasil dan kejayaan ini banyak bergantung kepada kerjasama dan
iltizam anggota perkhidmatan awam kita.
Walaupun sering
menjadi sasaran pembangkang yang tidak jemu memburukkan segala institusi
kerajaan, anggota perkhidmatan awam kita adalah antara yang terbaik dikalangan
negara membangun.
Syabas kepada
setiap anggota perkhidmatan awam kita walaupun masih terdapat ruang untuk
penambahbaikkan dan pembaharuan.
Tuan Yang
DiPertua,
Seringkali
kedengaran suara-suara sumbang pembangkang serta pertubuhan-pertubuhan ‘running
dog’ mereka seperti Suaram yang membayangkan seolah-olah perkhidmatan awam kita
dicengkam amalan rasuah.
Saya tidak ingin
berbicara panjang tetapi cukup dengan satu soalan – jika benar anggota perkhidmatan
awam kita ini mengamalkan rasuah, siapa yang merasuah mereka?
Tuan Yang
DiPertua,
Rakyat menyambut
baik peruntukan 591 juta ringgit untuk menangani masalah jenayah dalam
Belanjawan Janji DiTepati ini.
Secara khususnya
cadangan mewujudkan Unit Rondaan Bermotosikal Polis Di-Raja Malaysia dengan
1,000 buah motorsikal adalah amat bertepatan dan kena pada masanya.
Pendekatan unit rondaan bermotosikal ini
serta penambahan perjawatan polis untuk menangani ancaman jenayah ada selaras
dengan tuntutan semasa.
Rakyat harus
sedar bahawa jenayah tidak mungkin dapat ditangani dengan menuding jari tetapi
dengan tindakan pro-aktif serta kerjasama yang lebih erat diantara pihak polis
dan masyarakat.
Tuan Yang DiPertua,
Kita tahu akan
wujudnya rancangan tersusun pihak tertentu yang saban hari memperlekehkan pihak
polis serta institusi-institusi lain seperti badan kehakiman, Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Pilihanraya dan juga Institusi Raja
Raja Melayu.
Malah prinsip
Rukunegara juga sering diperkotak-katikkan secara terbuka.
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Demikian lah
prinsip Rukunegara kita.
Tuan Yang
DiPertua,
Golongan yang
memperjuangkan kebebasan dan menyokong budaya LGBT dan seks sesama jenis dalam
negara ini nyata membelakangkan prinsip Rukunegara yang pertama iaitu
Kepercayaan kepada Tuhan kerana tidak ada satu pun agama dalam dunia ini yang
mengiktiraf atau menghalalkan LGBT.
Ada juga
golongan yang berusaha menghapuskan sistem Raja-Raja dalam negara kita.
Kesetiaan kepada negara dibelakangkan dan negara sendiri diburukkan dimata
dunia. Golongan liberal dan chauvinis ini beranggapan prinsip Kesetiaan Kepada
Raja dan Negara sudah lapuk.
Perlembagaan
tidak lagi dianggap luhur dan undang-undang negara seolah tidak berdaulat malah
peruntukan perlembagaan dicabar atas dasar kesamarataan dan liberalisma.
Dan akhir sekali
prinsip kesopanan dan kesusilaan cuba dikuburkan dengan berkelakuan biadap
dijalanan. Jalur Gemilang ingin diganti dan gambar Perdana Menteri dipijak
tanda benci.
Apakah ini
Malaysia yang ingin kita bina setelah kita harungi peristiwa hitam 1969 yang
hampir menghancurkan negara ini?
Tuan Yang
Dipertua,
Ada kemungkinan
golongan muda kita mudah terpengaruh dengan hasutan pelampau politik kerana
kurangnya pengetahuan sejarah dan asal-usul kita sebagai sebuah negara bangsa.
Perjuangan dan
pengorbanan pemimpin-pemimpin terdahulu untuk menjamin perpaduan pelbagai kaum
dalam negara ini harus kita hayati demi masa depan yang lebih terjamin.
Dalam konteks
ini saya menyarankan agar filem Tanda Putera terbitan Pesona Pictures Sdn Bhd
dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) ditayangan disetiap sekolah dan
pusat komuniti dinegara ini untuk mencelik-kan mereka yang masih buta
sejarah.
Tuan Yang
DiPertua,
Saya telah berpeluangan menghadiri
pra-tonton filem Tanda Putera ini dan nyata ianya adalah satu karya berdasarkan
sejarah tanahair di-kala kita di-uji dengan cabaran yang paling getir.
Tanda Putera
adalah karya unggul berdasarkan kajian mendalam fakta-fakta sejarah dan setiap
rakyat Malaysia yang benar-benar cintakan negara ini harus menghayati intipati
karya agung ini.
Mungkin ada yang
masih gentar dan takut dengan fakta-fakta sejarah yang dipaparkan dalam Tanda
Putera. Saya rasa golongan ini harus menguatkan semangat dan menghadapi
kenyataan kerana seperti kata ahli falsafah Sepanyol George Santayana “Those
who do not learn from history are doomed to repeat it” – mereka yang gagal
mengambil iktibar dari sejarah ditakdirkan mengulangi-nya.
Tuan Yang
DiPertua,
Mungkin ada yang
tertanya-tanya mengapa dalam perbahasan ini saya tidak menyentuh langsung
Belanjawan yang dibentangkan pihak pembangkang tempohari.
Sebenarnya apa
yang dikemukan oleh pemimpin anugerah Tuhan itu hanyalah satu lagi pembohongan
dalam siri pembohongan-nya yang tidak mengenal batas.
Setiap insan
yang berakal dan mampu berfikir secara waras pasti dapat menilai pemimpin anugerah
Tuhan yang sehingga kini masih tercari-cari jam Omega milik-nya itu.
Malah baru-baru
ini beberapa pemimpin tertinggi dan golongan ulama dalam Pas juga telah mula
memberanikan diri untuk mengkritik rancangan pembohong bersiri itu.
Tidak mungkin
ulama Pas seperti Ustaz Haron Din dan Sasterawan Shahnon Ahmad disogok dengan
wang ringgit untuk mengkritik sandiwara pembangkang secara terbuka.
Saya fikir
tindakan golongan ulama ini menandakan detik perubahan dalam Pas dan kehancuran
puak yang hidup berdasarkan pembohongan.
Tuan Yang
DiPertua,
Rakyat harus
bijak menilai di-antara kaca dan permata.
Ini mungkin kali
terakhir Dewan Yang Mulia ini bersidang sebelum dibubarkan untuk menghadapi
pilihanraya.
Rakyat Malaysia
akan sekali lagi berpeluang untuk memilih wakil mereka diperingkat negeri dan
persekutuan yang secara langsung akan menubuhkan kerajaan untuk mentadbir
negara bertuah ini.
Pilihanraya yang
akan datang ialah yang ke-13 sejak negara ini mula berdiri atas kaki sendiri
pada tahun 1957. Kita telah mengharungi 12 pilihanraya umum sebelum ini, namun
pilihanraya yang ke-13 adalah yang paling kritikal dalam sejarah tanahair kita.
Rakyat hanya ada
dua pilihan, iaitu mengekalkan kesinambungan pentadbiran kerajaan yang telah
mengemudi negara ini dengan jayanya selama lebih 50 tahun atau menyerahkan
negara bangsa ini kepada seorang pembohong bersiri yang tidak berhati perut.
Tuan Yang diPertua,
Pemimpin pembangkang yang kemaruk kuasa
ingin menjadi Perdana Menteri itu
adalah seorang pembohong yang sanggup melakukan apa sahaja demi nafsu.
Nafsu pembohong
ini tidak mengenal batas. Saya tidak perlu menghuraikan jenis-jenis nafsu dan
tabiat buruk-nya yang telah diketahui umum tetapi rakyat harus sedar akan
ancaman manusia ini kepada negara kita.
Jika jauhari
mengenal manikam, saya mengenali pembohong ini kerana pada satu ketika dulu
saya dan rakan-rakan juga menjadi mangsa putar belit-nya.
Tuan Yang
DiPertua,
Sebagai sebuah
negara yang baru 55 tahun merdeka dan menguruskan diri sendiri, kita telah
sampai dipersimpangan yang amat kritikal.
Kritikal kerana
kita dipersimpangan antara jalan menuju kehancuran dan jalan ke-arah mencapai
Wawasan 2020.
Bukan sahaja
pelaksanaan Belanjawan Janji DiTepati ini, malah masa depan anak-anak kita
bergantung kepada jalan yang akan kita, rakyat yang waras, akan pilih. Yang waras sudah pasti dapat membezakan
antara kaca dan permata.
Tuan Yang
DiPertua,
Saya mohon
menyokong Rang Undang-Undang Perbekalan 2013.
Terima Kasih.
Zahrain Mohd
Hashim
Ahli Parlimen Bayan Baru
Monday, September 24, 2012
Dimana tanggungjawab Bank Negara Malaysia?
Kemasukan dana asing ke negara ini adalah sesuatu
yang baik jika ianya dalam bentuk pelaburan asing.
Kita tahu dana asing juga ada digunakan untuk
tujuan pembangunan insan dibawah panji-panji United Nations (Bangsa Bangsa
Bersatu) dan lain-lain pertubuhan yang di-iktiraf.
Segala aktiviti ini sememangnya dipersetujui dan
dipantau dan dipastikan ianya selaras dengan undang-undang serta budaya negara
kita.
Dalam isu ini saya agak keliru dengan tahap
kemampuan atau competency pihak Bank Negara Malaysia dalam pemantauan serta
penguatkuasaan undang-undang kita.
Kes terbaru melibatkan penyaluran dana asing
kepada pertubuhan tidak berdaftar seperti Suaram menimbulkan beberapa persoalan
yang agak merisaukan.
Apakah Bank Negara sedar atau tidak tentang
kemasukan dana berjuta-juta ringgit ini?
Jika Bank Negara tahu akan jenayah ini kenapa
setakat ini belum ada apa-apa siasatan atau tindakan terhadap dalang-dalang
ini?
Jika Bank Negara sememangnya tidak tahu akan
jenayah ini, saya mendesak agar kerajaan menubuhkan satu badan baru khusus
menyiasat jenayah menyaluran sebegini kerana nyata pihak Bank Negara tidak
mampu menjalankan tugas mereka menguatkuasakan - Anti-Money Laundering and
Anti-Terrorism Financing Act 2001 (AMLATFA).
Penyaluran dana asing secara haram kepada
golongan yang secara terang-terangan terlibat dalam gerakan anti-Kerajaan
adalah satu ancaman keatas keselamatan negara kita.
Ini bukan isu politik tapi isu keselamatan
negara.
Ianya adalah satu gerakan subversif moden. Saya
katakan subversif kerana kegiatan sebegini telah terbukti menyebabkan hura-hara
dan keruntuhan beberapa negara diTimur Tengah dan Afrika.
Malah telah ada pertubuhan subversif yang
berselindung disebalik ‘human rights’ atau kebebasan yang telah di-usir keluar
dari Mesir dan juga Russia.
Kita tidak perlu menunggu sehingga nasi menjadi
bubur seperti di Mesir atau sehingga jalan-jalanraya kita dipenuhi rakyat yang
diperdaya kuasa asing.
Ini adalah satu ancaman keselamatan yang serius,
saya ingin medesak agar pihak Bank Negara menjelaskan status sebenar kes-kes
menyaluran dana asing secara haram dedalam negara ini.
Saya pasti rakyat Malaysia mahu pihak berkuasa
mengambil tindakan yang sewajarnya.
Hanya pengkhianat sanggup berdiam diri bila
negara sendiri diancam anasir luar.
Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim
Ahli Parlimen Bayan Baru
24 September, 2012
Wednesday, September 5, 2012
Yang benar itu pasti timbul
Assalammualaikum,
Saya amat tertarik dengan kenyataan Timbalan Ketua Menteri 1
Pulau Pinang Datuk Mansor Othman baru-baru ini yang secara terus terang melabel
Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai seorang individu yang sombong, bongkak dan
‘cocky’.
Mansor yang juga
Pengerusi PKR Pulau Pinang juga telah menyatakan bahawa Guan Eng adalah
seperti ‘tokong’ kepada orang Cina dan sebab itu beliau amat bongkak.
Kenyataan Mansor ini bukan-lah khabar angin tetapi adalah
perkara nyata yang di-ucapkan dihadapan pimpinan tertinggi PKR Pulau Pinang
ketika mesyuarat strategik PKR.
Segala ungkapan Mansor ini tercatit secara terperinci dalam
minit mesyuarat strategik tersebut yang telah membincangkan soal kelangsungan
PKR di Pulau Pinang yang dikuasai DAP.
Saya percaya minit
mesyuarat strategik PKR itu dibocorkan sendiri oleh segelintir pemimpin PKR
yang sudah tidak tahan dengan sikap ‘big brother’ DAP dan khususnya sikap
bongkak Lim Guan Eng.
Perkembangan terkini ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan
saya sebagai bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang kerana oleh kerana sikap Lim Guan
Eng sudah terserlah sebaik sahaja Pakatan menguasai kerajaan negeri Pulau
Pinang.
Saya telah menyatakan secara jelas dalam kenyataan saya
ketika pengumuman keluar dari PKR pada 12hb Februari, 2010 bahawa Lim Guan Eng
adalah seorang individu yang chauvinis, extremis, diktatorial dan berfikiran
ala komunis.
Saya yakin pada ketika itu sikap Lim Guan Eng yang angkuh
dan bongkak serta mengamalkan politik ‘Middle Malaysia’ yang sempit akan
menjejaskan masa depan rakyat Pulau Pinang, terutamanya orang Melayu serta
golongan yang kurang berkemampuan.
KENYATAAN
SAYA pada 12hb Feb, 2010.
Mansor telah cuba sedaya upaya untuk menafikan kenyataan
beliau terhadap Lim Guan Eng ekoran kebocoran minit mesyuarat tersebut namun
yang nyata tidak mungkin dapat dinafikan, lebih-lebih lagi bila kenyataan
dibuat dihadapan barisan pimpinan PKR negeri.
Saya difahamkan Mansor telah didesak malah di-ugut pelbagai
pihak, termasuk pimpinan PKR pusat serta pemimpin DAP untuk menarik balik atau
menafikan kenyataan beliau.
Kini kredibiliti serta masa depan Mansor sebagai wakil
rakyat umpama telur dihujung tanduk, namun saya berharap agar Pengerusi PKR
Pulau Pinang itu tidak mudah menggadai maruah diri serta agama dan bangsa demi
pangkat dan jawatan.
Sebagai seorang pemimpin akar umbi yang mewakili kepentingan
orang Melayu dan Islam didalam kerajaan negeri yang didominasi DAP, Mansor
harus berdiri teguh atas prinsip kebenaran dan bukan-nya menjadi boneka mereka
yang tamak kuasa.
Jangan gadaikan maruah bangsa kerana di-ugut akan dilucutkan
jawatan atau tidak dicalonkan dalam pilihanraya. Keluarlah dari bayang-bayang
DAP dan Lim Guan Eng kerana bukan mereka yang melantik saudara untuk menjaga
kepentingan rakyat.
Sebenarnya kenyataan Mansor dalam mesyuarat strategik PKR
negeri tempohari telah memberi keyakinan baru kepada saya bahawa orang Melayu
dan mereka yang tertindas dibawah pimpinan diktatorial DAP mampu bangun menentang
kemungkaran.
Saya pasti masyarakat akan menyokong pemimpin yang berani
menyatakan kebenaran, walaupun kebenaran itu pahit. Yang dayus akan kekal
terhina.
Sunday, July 29, 2012
‘Privatisation vital for long-term survival of Penang Port’
PETALING JAYA: Penang Port Sdn Bhd must be privatised
to boost competitiveness, efficiency and create new business opportunities.
Former Penang Port Commission chairman Datuk Seri Zahrain
Mohamed Hashim said privatisation can help ensure the port’s long-term
survival.
“The success of a port is due to a lot of factors, which
include workers’ morale. They have to be motivated so that they don’t feel that
they are government servants, giving their best in a competitive world which
can translate positively to the port operators’ bottom line,” Zahrain told
Business Times recently.
“Privatisation makes good business sense as it will enable
Penang Port to prosper and exporters enjoy an efficient port, which translates
into cost-saving for the port.”
Zahrain was commenting on the long overdue privatisation of
the Penang Port mooted since 1993-94, due to political wranglings by the then
Finance Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim.
The port, which is owned by the Finance Minsitry, is now
mired with controversies as the
opposition, led by Penang Chief Minister Lim Guan Eng, is opposing the federal
government’s move to award the privatisation to Seaport Terminal Sdn Bhd.
Lim had said the port should be run by Penangites.
Zahrain said the port operations and its related businesses
should not be given to state governments or politicians as they have no
knowledge on how to run a port.
“Lim should stop talking about running ports. Playing
politics will bring the wrong perception. Port operations cannot be given to
any Tom, Dick or Harry,” said Zahrain who is also Bayan Baru Member of
Parliament.
Zahrain said the Ministry of Finance (MOF) must privatise
Penang Port quickly as it has now fallen to number five in the country from
number two in terms of throughput behind Port Klang, Northport, Westport and
Port of Tanjung Pelepas.
Penang Port’s earnings per share is now at 45 sen compared
to what its current value should be at RM5 per share, he added.
“As a business concern, the MOF has not succeeded in
creating value for Penang Port,” said Zahrain.
He said Penang Port will also play its role as a feeder port
and not a hub port as it does not have the volume to rival PTP, Port Klang and
Singapore port.
A feeder port receives cargo from the mainland (or
hinterland) such as from Thailand and Peninsular Malaysia and is then shipped
to hub ports such as PTP and Port Klang.
Zahrain said the opposition should also look up to Seaport
Terminal, which has developed PTP from scratch.
He was responsible for corporatising Penang Port in 1993. He
was also Malaysian Maritime Affairs chairman between 1995 and 1999.
Business Times - Sat 28 July 2012
Tuesday, June 12, 2012
Kanak-kanak diperalat demi politik!
Saya amat terkejut setelah menonton video propaganda politik DAP berhubung demonstrasi Bersih tempohari.
Video yang diterbitkan pihak pembangkang ini telah disunting sedemikian rupa sehingga ianya memberi gambaran berat sebelah pada hari kejadian dan berusaha menghasut rakyat untuk memberontak.
Seperkara yang amat jijik yang saya saksikan dalam video tersebut ialah tindakan pihak penganjur Bersih yang mempergunakan kanak-kanak untuk mencapai matlamat mereka.
Pelbagai alasan boleh dicipta atau dicanang tetapi saya pasti tindakan tindakan mempergunakan kanak-kanak yang masih mentah dalam demonstrasi jalanan adalah salah disisi undang-undang.
Tindakan keji ini bukan sahaja salah disisi undang-undang kita (Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001) dan lain-lain Akta yang berkaitan malah ianya satu pencabulan Hak Asasi yang dikutuk diperingkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Amat menghiris hati melihat kanak-kanak yang masih kecil menangis meraung selepas terkena gas pemediah mata pada hari kejadian.
Perbuatan jijik mempergunakan kanak-kanak demi kelangsungan agenda politik Bersih harus dikutuk oleh setiap rakyat Malaysia yang waras akal fikiran mereka.
Selepas menyaksikan video yang diterbitkan pihak DAP, saya rasa ada kemungkinan kanak-kanak ini digunakan sebagai benteng untuk menghalang pihak berkuasa daripada bertindak.
Hari ini saya mendesak pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan yang sekeras-kerasnya keatas pihak penganjur Bersih terutamanya Datuk S.Ambiga serta barisan pimpinan yang jelas telah mempergunakan kanak-kanak dalam demonstrasi yang bertukar menjadi rusuhan jalanan pada 28 April yang lalu.
Tindakan tegas juga harus di-ambil keatas ibu-bapa atau penjaga kanak-kanak yang diperalatkan untuk mencapai agenda politik Bersih.
Saya harap pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia juga tidak berpeluk tubuh tidak berbuat apa-apa untuk menjaga Hak Asasi anak-anak kita yang diperalatkan demi kepentingan politik jalanan.
Saya juga ingin menyeru Majlis Peguam dan lain-lain badan bukan kerajaan yang benar-benar memperjuangkan Hak Asasi untuk tampil mengutuk tindakan pihak penganjur Bersih yang jelas telah memperalatkan kanak-kanak.
Nota: Dibawah ialah video terbitan DAP yang dimaksudkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)


