Monday, January 31, 2011

Awasi Keselamatan Negara - Berani Kerana Benar


Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.

Dewasa ini politik dalaman Negara kita kian stabil dan nampaknya rakyat telah mula kembali ke-pangkal jalan.

Walaupun segelintir masih di-belenggu tipu daya dan pelbagai helah politik kebencian, sebahagian besar rakyat telah mula sedar.

Bila rakyat bertindak dengan pemikiran yang waras maka anasir yang mengapi-apikan politik kebencian akan sungkur terkubur tidak lama lagi.

Kita harus sedar dan berjaga-jaga pada ketika ini kerana anasir-anasir politik kebencian ini amat berbahaya dan sanggup lakukan apa sahaja untuk kembali relevan. Ini pengalaman peribadi saya dan saya tahu mereka terdesak pada masa ini.

Saya amat terkejut dengan laporan baru-baru ini tentang wujudnya kaitan diantara Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kumpulan Persaudaraan Islam (Muslim Brotherhood).

Muslim Brotherhood dikatakan mempunyai hubungan akrab dengan pengganas Al-Qaeda dan turut menyumbang dana beratus ribu dollar Arab Saudi kepada kumpulan pengganas itu.

Yang mengejutkan kita ialah Muslim Brotherhood juga dilaporkan membiayai agenda politik kebencian yang dipelopori Anwar Ibrahim.

Ini bukan sesuatu yang remeh kerana anasir yang bersekutu dengan pengganas mampu melakukan apa sahaja demi kelangsungan politik peribadi.

Di-laporkan bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri telah pun mengambil langkah awalan untuk memastikan kesahihan laporan agensi perisikan Arab Saudi itu.

Saya ingin menyarankan disini agar laporan agensi perisikan Arab Saudi itu dikaji dan disiasat sedalam-dalamnya agar kita tidak menyesal dikemudian hari.

Seperti tuntutan-tuntutan sebelum ini agar Kerajaan dan pihak berkuasa lebih telus dan menyeluruh dalam tugasan mereka, saya ingin menuntut agar suatu siasatan yang terperinci, dengan kadar segera, di-adakan demi menjaga Keselamatan Negara.

Jangan pandang remeh laporan tentang wujudnya hubungan akrab diantara Anwar Ibrahim, kumpulan Muslim Brotherhood dan pengganas Al-Qaeda.

Masakan mereka menyumbang dana beratus ribu dollar Arab Saudi jika hubungan tidak akrab dan menuruti sesuatu agenda tersembunyi?

Pihak Kementerian Dalam Negeri tidak harus gentar dengan strategi politik yang akan cuba mengaibkan setiap tindakan penguatkuasaan undang-undang yang tidak berpihak kepada mereka.

Kementerian Dalam Negeri harus menjalankan tugas yang di-amanahkan rakyat tanpa mempedulikan implikasi politik kerana ini bukan isu politik.

Ini mungkin suatu ancaman besar kepada keselamatan Negara kita.

Ambil-lah pendekatan Berani Kerana Benar.

Zahrain Mohd Hashim

Ahli Parlimen Bayan Baru.

Friday, January 21, 2011

Padamkan Api Pembohongan

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.


Sesuatu yang buruk jika dibenarkan berlarutan akan mendatangkan bencana yang lebih besar.

Umpama api yang membara, gejala buruk dalam masyarakat harus kita padamkan ketika ianya masih kecil.

Api pembohongan juga harus dibendung atau dipadamkan sebelum ianya memesongkan pemikiran rakyat dan meruntuhkan masyarakat.

Janganlah masyarakat kita, terutamanya orang Melayu, berpecah belah kerana adanya anasir-ansir yang begitu rakus ingin berkuasa.

Saya terpanggil untuk mengulas tentang isu pembohongan anasir-anasir berkepentingan ini kerana ketika ini pembohongan sedang di-jaja dengan begitu aktif.

Bukan bermakna bahawa golongan ini pernah berhenti berbohong tetapi mereka ini mempunyai sindrom ‘membabi buta’ bilamana adanya pilihanraya.

Pilihanraya kecil Tenang sedang hangat. Belum pun kempen pilihanraya bermula, petualang bangsa yang tidak mengerti rasa malu telah mula menjaja pembohongan mereka.

Ada yang bertopengkan agama dan ada yang menagih simpati konon-nya dianiaya tanpa henti.

Apakah kesudahan cerita dongeng dan pembohongan mereka yang di-jaja kepada rakyat ini?

Sekali lagi cerita pembunuhan Altantuya di-jaja kepada masyarakat kampung dan peneroka Felda dalam usaha untuk mengaibkan pemimpin Negara.

Kenapa isu Altantuya ditimbulkan setiap kali adanya pilihanraya kecil?

Nyata ianya adalah ‘racun minda’ yang di-adun dengan begitu teliti sehingga rakyat mudah terpedaya dan percaya.

Siapa yang mengadun ‘racun minda’ Altantuya ini? Seperti kes kematian Teoh Beng Hock yang di-politik-kan tanda penghujung, siapa yang menjaja cerita karut ini? Apa kepentingan mereka?

Saya tahu siapa dalang di-sebalik cerita karut untuk mengaibkan pemimpin negara menerusi isu pembunuhan Altantuya ini.

Ini bukan cerita baru kerana agenda jijik ini dilakar ketika pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi.

Tujuan-nya ialah untuk menghalang Datuk Seri Najib Razak, dengan apa cara sekali pun, daripada menggantikan Abdullah.

Pendedahan ini bukan cerita baru kerana isu ini telah di-dedahkan secara terperinci oleh YB Zulkifli Noordin di Dewan Rakyat.

YB Zulkifli mempunyai pengalaman peribadi sebagai peguam dalam kes pembunuhan Altantuya dan beliau telah membongkar akan wujudnya konspirasi jahat untuk mengaibkan Perdana Menteri dan isteri beliau.

Kita tahu siapa dalang yang mencipta skrip pembohongan ini dan ‘modus operandi’ mereka secara terperinci.

Selain Akuan Sumpah palsu, anasir-ansir ini juga membuat pelbagai usaha jijik yang lain.

Kita tidak mungkin lupa akan tindakan Tian Chua (Ahli Parlimen PKR Batu) yang merekacipta gambar palsu Altantuya bersama Perdana Menteri. Ini bukan tuduhan palsu kerana Tian Chua sendiri telah mengaku melakukan perbuatan keji lagi terkutuk itu.

Agak pelik kenapa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau pihak Peguam Negara masih belum mengambil tindakan yang sewajarnya ke-atas jenayah yang dilakukan Tian Chua.

Dewan Rakyat telah di-maklumkan pada persidangan Nov-Dec 2010 bahawa SKMM telah selesai dengan siasatan namun sehingga kini belum ada apa-apa tindakan.

Saya rasa pihak Peguam Negara harus meneliti kes gambar palsu Tian Chua ini dengan kadar yang segera dan mengambil tindakan yang sewajarnya, jika tidak ini akan mendorong anasir-anasir ini untuk terus mencipta pembohongan demi pembohongan demi meracuni pemikiran rakyat.

Tian Chua telah di-dakwa dan di-hukum oleh Mahkamah kerana menggigit seorang anggota Polis tidak lama dahulu tetapi kes jenayah merekacipta gambar palsu masih belum timbul di-kamar penghakiman.

Tian Chua harus di-dakwa atas kesalahan jenayah ini secepat mungkin sebagai pengajaran kepada anasir-anasir lain yang masih menjaja pembohongan ini.

Padamkan api ketika ianya masih kecil, jika tidak kebenaran akan rentung di-jilat api pembohongan.

Terima Kasih.


Zahrain Mohd Hashim

Ahli Parlimen Bayan Baru.

Saturday, January 15, 2011

KARPAL SINGH SAKSI PENDAKWA KES LIWAT ANWAR IBRAHIM!

Kenyataan Media

Assalammualaikum dan Selamat sejahtera.

Merujuk kepada kenyataan terdahulu saya tentang perlunya Peguam Negara “menjemput” Pengerusi DAP Karpal Singh sebagai Saksi Pendakwa dalam Kes Liwat Kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkembangan terkini dalam isu ini agak meragukan kerana ternampak seolah-olah wujud percubaan untuk mengalihkan perhatian daripada isu “Karpal Singh sebagai saksi pendakwa” ini.

Setahu saya selepas Peguam Negara di-gesa memanggil Karpal Singh sebagai saksi pendakwa, peguam terkemuka itu tidak membuat apa-apa pendirian setakat ini.

Saya pasti, sebagai seorang peguambela jenayah yang tersohor, Karpal Singh memang sentiasa bersedia untuk tampil memberi kenyataan. Kamar Mahkamah adalah tempat mainan Karpal.

Bagaimanapun tindakan Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor ini memfailkan semakan kehakiman keatas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi, di-kala beliau sendiri dikehendaki hadir sebagai saksi pendakwa, menimbulkan pelbagai persoalan.

Jangan ada cubaan untuk mencemar institusi Badan Kehakiman Negara untuk digunakan sebagai alasan untuk melepaskan diri sendiri.

Pendekatan pihak Peguam Negara untuk berdiam diri juga secara langsung mempermudahkan usaha untuk lari dari tanggungjawab sebagai saksi pendakwa dalam Kes Liwat Kedua Anwar Ibrahim.

Jangan di-timbulkan soal kospirasi dan pelbagai silap mata lain kerana Karpal Singh sendiri telah membuat pengakuan terbuka berhubung kaitan dan pengetahuan berkenaan perlakuan seks luar tabii Anwar Ibrahim.

YB Wee Choo Keong telah mendedahkan segala butiran dalam blog beliau dan baru-baru ini saksi-saksi utama dan pengadu telah membuat kenyataan terbuka tentang peranan Karpal Singh sebelum Anwar Ibrahim di-dakwa atas kesalahan Liwat pada tahun 1998.

Saya sekali lagi mendesak pihak Peguam Negara agar memastikan Karpal Singh berkongsi maklumat beliau berhubung kes ini. Karpal Singh harus di-panggil menjadi saksi pendakwa (Prosecution Witness).

Bagi pihak yang cuba mengalihkan perhatian, saya rasa janganlah membuang masa kerana rakyat kini sudah celik.

Terima Kasih.

Zahrain Mohd Hashim

Ahli Parlimen Bayan Baru.

Thursday, January 6, 2011

Dalang di sebalik MB

Dalang dan Pak Turut nya!



Kenyataan Media

1. Kemelut perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Khusrin Munawi adalah satu helah politik. Matlamat utama Pakatan Rakyat adalah untuk mencetuskan detik permulaan krisis Perlembagaan di Malaysia.

2. Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hanya ‘menurut perintah’ Tok Dalang dari Pulau Pinang yang dibantu oleh pakar undang-undang dari sebuah pulau “yang dahulunya milik Negeri Johor’.

3. Jika dibuat analisa ringkas, isu perlantikan Khusrin dan kedegilan untuk meminda Perlembagaan langsung tidak menguntungkan pihak Menteri Besar. Lagipun Pakatan Rakyat tidak mempunyai majority 2/3 di Dewan Undangan Negeri untuk membuat apa-apa pindaan kepada Perlembagaan.

4. Ini hanyalah helah terancang Tok Dalang dari Pulau Pinang. Saya rasa tindakan menghina Istana dan seterusnya mencetuskan perasaan bencikan Institusi Raja-Raja Melayu seperti yang diunjurkan di Selangor mempunyai implikasi yang lebih besar.

5. Selepas ini mungkin Pulau Pinang, yang diterajui Setiausaha Agong DAP yang amat berkuasa, akan meneruskan agenda ini dengan meminda Perlembagaan / Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

6. Bukan sahaja Kerajaan Lim Guan Eng mempunyai majority 2/3 di Dewan Undangan Negeri malah Pulau Pinang juga tidak ber-Sultan.

7. Tuan Yang Terutama Ketua Negeri Pulau Pinang tidak mungkin dapat meraih sokongan padu rakyat sepertimana yang di-nikmati Raja-raja Melayu. Ini akan mempermudahan agenda untuk mencetuskan Krisis Perlembagaan.

8. Saya amat risau dengan perkembangan ini dan berharap agar seluruh tenaga dan kuasa politik orang Melayu di-gembelengkan untuk mengelak orang Melayu daripada “di-jajah sekali lagi”.

9. Saya juga berharap agar pihak Menteri Besar Selangor dan pemimpin Melayu dalam Kerajaan Negeri Selangor sedar akan mainan terkutuk puak chauvinis dalam DAP untuk menghakis kedudukan Raja-Raja Melayu.

10. Perkembangan seterusnya kemelut diSelangor ini akan membuktikan wujudnya suatu ‘Perjanjian Syaitan’ untuk memisahkan Pulau Pinang daripada Tanah Melayu, sepertimana kita kehilangan Singapura


(Distrust and ideological differences between leaders of the State of Singapore and the federal government of Malaysia resulted in frequent disagreement in politics, economic, financial and social policies. The conflict spread to the populace, resulting in major racial riots in 1964 in Singapore. In 1965, Malaysian Prime Minister Tunku Abdul Rahman decided upon the expulsion of Singapore from the Federation, leading to the Independence of Singapore on 9 August 1965. – Wikipedia.)

11. Berwaspadalah sebelum Perjanjian Syaitan menjadi kenyataan.


Daulat Tuanku!


Terima Kasih,


Zahrain Mohd Hashim

Ahli Parlimen Bayan Baru

Monday, January 3, 2011

Untuk Tindakan Peguam Negara

Kenyataan Media


Assalammualaikum , Selamat sejahtera dan Selamat Tahun Baru 2011.

Perkembangan terbaru berhubungkait kes LIWAT Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim amat menarik dan pelik.

Pengakuan Pengerusi DAP Karpal Singh bahawa beliau pernah mendesak Kerajaan menyiasat dakwaan kelakuan songsang Anwar Ibrahim pada tahun 1997 adalah suatu perkembangan penting.

Ini kerana Karpal Singh sendiri telah mengaku pernah di-temui mangsa dan individu lain yang membuat dakwaan liwat ke atas Anwar Ibrahim pada ketika itu.

Tidak dapat diterima akal jika Karpal Singh yang pada ketika itu mendesak siasatan dan mengkritik kerajaan di-Parlimen kerana konon-nya lambat bertindak, kini menjadi Peguambela utama Anwar Ibrahim.

Tidak dapat dinafikan bahawa pengakuan Karpal Singh tempohari membawa pelbagai implikasi ke-atas perjalanan kes liwat Anwar Ibrahim yang terbaru – Sodomy 2.

Saya berpendapat pihak Peguam Negara harus lebih serius berikutan perkembangan terbaru ini.

Karpal Singh harus di-perintah memberi keterangan di mahkamah tentang pengetahuan beliau berhubung perilaku seks Anwar Ibrahim. Ini amat bertepatan kerana Karpal Singh sendiri telah membuat pengakuan tanpa apa-apa paksaan.

Saya mendesak agar Karpal Singh di-panggil memberi keterangan sebagai Saksi Pendakwa (Prosecution Witness) kerana beliau mempunyai maklumat-maklumat penting berhubung kes liwat Anwar Ibrahim.

Pihak Peguam Negara harus lebih berani dalam perkara ini dan bukan-nya membiarkan Sistem Perundangan dan Kehakiman kita di-perkotak-katik-kan oleh pihak berkepentingan.

Sebagai warganegara yang bertanggunjawab dan peguam yang berpengalaman, saya pasti Karpal Singh akan tampil memberi keterangan bila di-perlukan.

Tindakan harus bermula dari pihak Peguam Negara.

Terima Kasih.

Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim

Ahli Parlimen Bayan Baru